Rabu, 10 Ogos 2011

Makna Pokemon dalam Bahasa Yahudi

Pokemon pertama kali diperkenalkan pada tahun 1996. Ketika itu saya masih bersekolah rendah, darjah 5. Zaman itu adalah zaman permainan Cyberpet,  ataupun membela binatang digital. yang selalunya berbentuk telur. Binatang tersebut akan di'bela', diberi makan, dijaga kesihatannya dan boleh juga bermain, tetapi secara digital.




Dakwaan pertama yang saya dengar tentang Pokemon pada ketika itu adalah "ia bertujuan agar umat Islam sukakan babi/khinzir melalui watak Pikachu". Saya cuma mendengar dan tidak berkata apa-apa. Seterusnya apabila timbul pula dakwaan ini, saya  cuma mampu tergelak kerana ia begitu lucu:  

Assalamualaikum

Ada satu perkara yang ana ingin kongsi bersama. Ana tak pasti samada maklumat ni dah sampai ke pegetahuan ikhwah semua. Semasa menghadiri kelas Dr Bahjat di salah sebuah masjid di Mafraq, ana diberikan satu kertas yang menjelaskan tentang bahaya Pokemon. Antara kandungan kertas itu ialah beberapa makna binatang-binatang yang ada dalam cerita kartun tersebut. Perkataan-perkataan itu adalah dalam bahasa Siryani (lughah Siryaniiyah).

Contohnya:
Pokemon – Saya Yahudi.
Charmander – Allah itu lemah (Subhanallah!)
Pikachu – Jadilah seorang Yahudi.

Terdapat beberapa lagi nama binatang dalam cerita Pokemon yang membawa makna yang kufur dan jahat...
Begitu dahsyatnya makna-makna nama-nama karakter Pokemon tersebut. Dakwaan tersebut pertama kali saya dengar belajar di KUSZA dan pertama kali saya baca di UPSI. Kemudahan internet yang amat laju dan mudah didapati di UPSI amat menyenangkan saya untuk membuat kajian lanjut tentang dakwaan ini. Tidak perlu untuk saya menghantar email kepada Satoshi Tajiri tentang hal ini, sekadar duduk di hujung katil dan meng'google' sahaja. Jari-jemari menari dan mata terpaku ke dada laptop, hasilnya ini saya ketemui:

MAKNA POKEMON DAN NAMA-NAMA KARAKTER TERTENTU


1) Pokemon: Berasal drp pkataan Pocket dan Monster. Jadi, Pokemon adalah Pocket Monster atau dalam bahasa Melayunya Raksasa yang Boleh Disimpan di dalam Poket. Kenapa? Kerana raksasa tu boleh ditangkap dan kurung dlm sebijik bola kemudian boleh dimuatkan ke dalam poket pemiliknya.
Formulanya: Pocket + Monster = Pokemon

Pokemon dan Bola yang boleh mengurung raksasa


2) Charmander: Berasal drp pkataan Char (pkataan omputih, maksudnya bakar, membakar ataupun terbakar) dan Salamander (sejenis binatang dalam cerita dongeng, binatang ini semacam biawak dan dikatakan hidup dalam api).
Formulanya: Char + Salamander = Charmander.

Ni plak binatang Charmander, kiut resaksa neh >.<

3) Pikachu: Berasal daripada perkataan Pikapika (bahasa Jepun, maksudnya bunyi arus eletrik) dan Chuchu (bahasa Jepun gak, maksudnya bunyi tikus).
Formulanya: Pikapika + Chu = Pikachu.

Nilah Pokemon, resaksa kecik yg bleh kuarkan kuasa elektrik
PENCIPTA WATAK POKEMON

Penulis email ni mengatakan konon perkataan tadi berasal dari bahasa Siryani (Suryani). Bahasa Siryani adalah bahasa  yg hampir dengan bahasa Ibrani (Hebrew). Pokemon ni dibuat oleh orang Yahudi utk sesatkan orang Islam. Adakah pencipta kartun ini orang Yahudi? Jawapannya TIDAK. Kartun ini dicipta oleh Satoshi Tajiri dan merupakan orang Jepun. Beliau mendapat ilham menghasilkan permainan ini daripada pengalaman waktu kecilnya di mana beliau suka mengumpul serangga: 

As a child, Tajiri enjoyed insect collecting as a hobby; this childhood activity would prove an inspiration for his later video game work.[4] In fact, other children called him "Dr. Bug",[3] and he wanted to have a profession as an entomologist.[2] As the urban areas of Japan spread and more was paved over, many of the places for hunting bugs were lost. Tajiri wanted his games to allow children to have the feeling of catching and collecting creatures as he had.[4] The character of Ash Ketchum (Satoshi in Japan), is largely a version of Tajiri as a child.[3]
SIAPAKAH DR BAHJAT?

Saya tertanya-tanya siapakah Dr Bahjat yang disebut dalam email tersebut. Dengan menggunakan keyword Dr Bahjat dan Mafraq saya menemui yang berikut:

1) Dr Bahjat
Jawazneh - seorang Profesor Madya yang bertugas di Faculty of Finance and Business di Al al-Bayt University di Jordan
2) Dr Bahjat Habashneh - Bahjat Al Habashneh Assistant Professor Faculty of Islamic Jurisprudence and Law Al Al Bayt University
Buku;
The concept of the Messiah in the three religions, Judaism, Christianity and Islam
3) Dr Bahjat Batarseh - seorang Pendakwah Kristian
4) Bahjat alJubory - seorang artis (saya cuba google translate aljuboury, tapi tidak dapat maknanya)

Barangkali Dr Bahjat Habashneh adalah orang yang dimaksudkan dalam email tersebut. Maka saya teruskan meng'google' dan pada kali ini saya menggunakan keyword - Dr Bahjat Habashneh + Pokemon dan saya tidak menemukan apa-apa link yang berkaitan. Seterusnya saya menggunakan keyword "Dr Habashneh books" dan saya menemukan artikel yang bertajuk Our Prophet in the Dead Sea Scrolls. Artikel tersebut sungguhpun menarik namun tidak terkandung maklumat yang saya cari. Sehingga kini saya masih mencari-cari apakah Dr Habashneh pernah mengatakan apa-apa berkenaan Pokemon dan masih belum menemuinya.



61 ulasan:

  1. Betul ke?

    BalasPadam
  2. SALAH TU MA KALEAND SOK TAU ?
    :@ :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pala Kau Pokemon Tuh Dah Menghina :p

      Padam
    2. saya tak tahulah pulak pokemon menghina islam

      Padam
    3. saya tak tahulah pulak pokemon menghina islam

      Padam
  3. WOW!! Saya suka artikel yang mempunyai bukti macam ni. Bukan macam artikel yang main taruk je nama Pokemon tu tanpa beri bukti yang sah. Artikel macam ni tak boleh dipercayai dan kita pula jangan cepat terpedaya dengan benda macam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya,sokong nih

      Padam
    2. SAYA DAH TAHU LAMA YANG POKEMON MENGHINA ISLAM SEKARANG SAYA CHECK KT GOOGLE UNTUK PASTIKAN BETUL KE POKEMON MENGHINA ISLAM,AKHIRNYA SAYA DAPAT JAWAPAN!! :-)

      Padam
    3. Pokemon maksudnya=AKU YAHUDI

      Padam
  4. Bukanlah..Char=charcoal Mender=Selemender(sejenis cicak)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saudara Nazim boleh rujuk pada laman ni untuk penjelasan lanjut tentang naman Charmander. http://bulbapedia.bulbagarden.net/wiki/Charmander_%28Pok%C3%A9mon%29#Name_origin

      Padam
  5. hmm.....skang baru tau ape sebenarnye maksud pokemon 2...nasib baik terjmpe ngan blog n....

    BalasPadam
  6. jadi skang ni,, btol ke makne pokemon tu saya yah***????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Of course tidak ah.., kononya dia kata tuh bahasa Siryani.., tpi aq check blik bahsa tuh + tnye orang online.., langsung x de kene mengena dgn pokemon bahse tuh..,
      Satu bunyi pun x same..,

      Padam
    2. Betul lah cakap kawan yang ni rupanya........................

      Padam
  7. bagus sebaik bole main game pokemon ....

    BalasPadam
  8. Isu tentang pokemon dari orang yahudi ni dicipta sendiri oleh orang melayu yg menyampah dgn kartun ni. Aku pon xfhm ramai gak yg percaya pasal pokemon ni hina islam. Padahal xde pape pon.

    BalasPadam
  9. pasal bahasa pun bergaduh...
    bodoh punya manusia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mu ingt mu bkn manusia...
      Jika kita bagitau kepada seseorng itu bodoh.. maka Allah akn membalasnya... Kerana kata² kita pada seseorng itu adlh doa.. jadi kita mesti puji antara satu sama lain.. jika ada yg tak kena tegur dgn cara baik.. bkn dgn brakata² yg tidal baik..

      Padam
  10. nie saya saya dpt dri blog...

    Antara dua masalah bangsa kita yang boleh memudharatkan adalah:

    Cepat terikut-ikut.
    Cepat percaya tanpa soal siasat.
    Di sini saya memuji saudara Salmi kerana membahasakan diri dengan “saya” dan bukan “watashiwa”. Maklumlah Melayu ni kalau dah merantau dia berubah sikit. Kalau dah sampai ke negeri barat dia akan kata “I am hungry. I wanna eat”. Kalau dah ke Timur Tengah pula, dia akan kata “Ana jau’an. Ana bahabba akla.”

    Sebenarnya “lughah Siryaniiyah” itu adalah bahasa Suryani atau Aramaic Timur iaitu bahasa Nabi Isa a.s. Kitab Injil yang asal juga diturunkan dalam bahasa ini. Saya rasa tak ramai orang yang masih tahu bahasa ini kecuali segolongan kecil orang Syria. Namun begitu perlu difahami bahawa bahasa Suryani adalah salah satu pecahan bahasa Semitic. Ini jugalah bahasa Nabi Ibrahim iaitu bahasa Ibrani atau Hebrew kuno. Dan perlu juga difahami bahawa bahasa Arab, Hebrew dan Suryani ini kesemuanya berasal dari satu rumpun jadi masih terlalu banyak persamaannya.

    Jadi saya pelik bagaimana perkataan “Pokemon” boleh diterjemahkan kepada “Saya Yahudi” dalam bahasa Suryani sedangkan sepatutnya ia akan berbunyi “Ena Deyehoodiya” (Perhatikan pula betapa hampirnya ini dengan bahasa Arab).

    Begitu juga perkataan “Charmander” yang kononnya bermaksud “Allah itu lemah.” Sepatutnya berbunyi “Ilahi Ayta Karhat.”

    Kesimpulannya jangan kita main telan saja apa yang didengar. Siasatlah dahulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat betul, tidak hanya orang biasa, bahkan orang terpelajar pun ada yang suka telan bulat2 maklumat yg viral drp internet.

      Padam
  11. dah tahun 2014, kanser ni datang balik...
    dah ada org mula share. keburukan share benda kat internet ni benda ni x kan boleh delete sepenuhnya. jadi mungkin tahun 2006 orang dah tau betapa mengarut dan bodohnya mesej2 yg menyalahgunakan agama mcm ni. tapi beberapa tahun kemudian, akan ada orang yg baru kenal internet dan mula share benda2 mcm ni.
    jadi fikir-fikirkan kalau nak share sesuatu. benda ni kekal selamanya.

    BalasPadam
  12. alah kau orang ni pasal aku pun nak gaduh-gaduh...dah-dah bagi alamak kau orang nanti raya aku datang rumah semua ok......apa pun tak boleh kau orang. ni tengok sudah diam-diam.kalau tak.pun buat kartun sediri pastu bagi maksud....adoii macam budak-budak.

    BalasPadam
  13. > saya cuba google translate aljuboury, tapi tidak dapat maknanya

    Serius lawak

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha......ha...................................................................ha?

      Padam
    2. aljubaury mungkin tak ade... cube try aljuburi... mesti kuar cepul.. haahha

      Padam
  14. Apalah..kalau pokemon tu memudaratkan tak perlu lihat..coba siasat sebelum cakap benda mengarut.

    BalasPadam
  15. Apalah..kalau pokemon tu memudaratkan tak perlu lihat..coba siasat sebelum cakap benda mengarut.

    BalasPadam
  16. Apalah..kalau pokemon tu memudaratkan tak perlu lihat..coba siasat sebelum cakap benda mengarut.

    BalasPadam
  17. Dlu suka game ni tpi berhenti sebab org ckp Pokemon ni yahudi tpi lepas tengok org ramai main, main balik Pokemon. Lepas dah baca article ni lega perasaan

    BalasPadam
  18. Tk tau plak pokemon menghina islam

    BalasPadam
  19. SIAPA YG TAU ISI HATI ATAU NIAT SESEORANG
    DLM MENCIPTAKAN SESUATU..........
    SELAIN ALLAH SWT ?

    KEBETULAN YG SANGAT PAS SEKALI...........!!!

    MUNGKINKAH ITU TIDAK DI SENGAJA ???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika Allah yang lebih tau, maka kita serahkan kepada Allah. Kita hanya menilai sekadar apa yang jelas.

      Padam
  20. INGATLAH FIRMAN ALLAW SWT :

    QS Al Baqarah ayat 120:
    Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga
    kamu mengikuti agama (=kebiasaan/perilaku/adat) mereka.
    Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah Itulah petunjuk (yang benar)".
    dan Sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu,
    Maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.

    QS Al-Israa' ayat 36 :
    Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.
    Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agama kita tak tertegak dan tidak dibela oleh pembohongan dan fakta fakta rekaan. Agama kita tertegak atas kebenaran, dan kita sama sekali dilarang membuat penipuan.

      Padam
  21. Pusing gua dengan kata2 lu semua... xian ying kalo ngomong tuh pake bukti. Jangan asal melolong kyk anying

    BalasPadam
  22. perlu bukti pula, tapi sifat hati-hati juga perlu supaya tak tertipu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hati-hati tidak ada masalah, tapi terlalu berhati-hati tu boleh membawa kepada paranoia. Janganlah sebab takutkan gelap kita langsung tak keluar rumah. Jangan sebab dengar bunyi belakang rumah terus kita katakan hantu.

      Padam
  23. tolong bagi anda semua jangan disangkut pautkan dengan agama..
    its more than just a game. if you like the game play it, but if you dont like the game dont play it.

    BalasPadam
    Balasan
    1. It is just a game...not more than just a game :)

      Padam
  24. Thanks sbb kongsikan malklumat sebegin, semoga dicucuri rahmat Allah yang maha kuasa, dan memberhebtikan fitnah. Walaupun di bukannya orang islam.

    BalasPadam
  25. Gua pon suke pokemon..ni..cute..sgt...Tapi..pemain2 game pokemon....yg x cute...ni menyusah hamba..hamba berkerja...sebagai security bangunan...pukul 3 pagi..terpekik terlolong..bunyi kenderaan...bising..penduduk marah..kerana menganggu...keteteraman awam...kesimpulan...permainan ini lebih ke arah..yg tidak baik..melalai kan...yahudi memang suke ...org 2 islam yg mcm....

    BalasPadam
  26. Yang cerita ini sangat betul
    Saya percaya

    BalasPadam
  27. kalau digimon atau doraemon apa plak maksud dia hihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Digimon tu nama pendek bagi Digital Monster. Doraemon tu plak kucing jalanan (dora). Emon is just an archaic component utk blakang nama Jepun - contohnye shima, byk nama Jepun berakhir dengan itu.

      Padam
  28. LOL i just read some comment on your blog and i found some retard that said POKEMON insulting our religion that is Islam. Do you even watch POKEMON? DO you even know what is the meaning of the Pokemon? Even now Pokemon Go is being bash because of some lame reason such as 'melalaikan'. LOL if dont want to be lalai dont play lah. There is more that billion games and you guys retard said POKEMON GO is lalai? RETARD that is all you are. YOU GUYS AINT SHIT AND I LOVE THIS BLOG<3. KBYE

    BalasPadam
  29. tapi apa makna pokemon yang lain

    BalasPadam
  30. Mule2 kte"ia bertujuan untuk umat islam menyukai babi/khinzir seperti watak pikachu" kemudian mengatakan pikapika mksudnye arus elektrik dan chuchu pula tikus... Jdinye pikachu bknlh babi/khinzir ianya tikus elektrik..

    BalasPadam
  31. jahat sunnguh yahudi.kalau ku bisa ,mau aja diketuk orang yang menciptanya(pokemon)

    BalasPadam
  32. Pokemon x salah.Bende tu x de kaitan dengan Islam.Diorang just salah faham pasal Pokemon.Diorang senanye menyampah tengok orang awam hayal mein Pokemon Go pastu reka2 Pokemon ni yahudi.Kalau x caye ko tanyelah animator Pokemon tu.....

    BalasPadam
  33. Adik saya suka tengok cerita pokemon di channel 615(Astro) tapi sebenarnya cerita itu sangat bosan.Cuma karakter di dalam je yg menarik.

    BalasPadam