Rabu, 21 November 2012

Logo Israel Pada Setiap PC!

Tahukah anda pada setiap komputer dan laptop yang menggunakan perisian Microsoft Office ada diisikan lambang negara Israel? Tak percaya? Cuba lakukan yang berikut:
Buka komputer/ laptop anda
pda "Local Disk (c) , THEN
"Program Files"
THEN
"Microsoft Office"
THEN "Media"
THEN
"CAGCAT10"'
cari gambar no "J0285926" dan
klik.
Anda akn jmpa gambar Lambang/
Bendera ZIONIS,ISRAEL.l ngkap
(sama dngan wrna aslinya) dngan
lilin (sarana ibadah
mereka).
DELETE pic itu!!
Utk pngtahuan anda ,
gmbar trsbut ada di sluruh PC
dan LAPTOP.
Sbarkan kpd smua saudara islam!!
CARI smpai
JUMPA!
copy&paste
Saya pasti anda akan menjumpai lambang yang berikut pada PC anda:
Lambang Star of David dan Menorah
 Nah, apa lagi? Satu lagi bukti bahawa Yahudi kini sedang cuba menguasai dunia dengan menggunakan perisian Microsoft. Anda perlu menghapuskan logo tersebut secepat mungkin. Besar kemungkinan Yahudi sedang memasang perangkap untuk mengintip pergerakan umat Islam di seluruh dunia melalui PC yang mereka gunakan

 Sebelum anda terus membuat kesimpulan dan teori yang bukan-bukan. Ada baiknya anda lakukan yang berikut:
1) Buka perisian Microsoft Word
2) Pergi ke Insert
3) Pergi ke ClipArt 
4) Pada ruangan "Search for", taipkan religion
5) Tekan "Go" 
 6) Katakan pada diri anda sendiri "Laa, logo agama je rupanya...lambang Islam, Kristian dan Buddha pun ada gak kat sini...chaisshhhh!"
Lambang Yahudi pada PC


 

Isnin, 5 November 2012

Hadis Palsu - Larangan Merokok



Perhatian! Saya tahu betapa bencinya anda kepada perokok. Tetapi kebencian itu janganlah pula diterjemahkan dengan penyebaran hadith palsu seperti berikut: 


Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka” Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?” 
Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.” Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji” 
Kali ini saya sedikit malas hendak menghuraikannya. Jadi, saya biarkan anda membaca selanjutnya di SINI 

Neil Amstrong Memeluk Islam?

Manusia sering terpesona dengan keindahan bulan. Pesona itulah juga yang telah memberikan peluang kepada Neil Amstrong untuk menjadi manusia pertama yang diketahui menjejak kaki ke bulan. Kejayaan menjejak kaki ke bulan adalah satu pencapaian besar bagi umat manusia dan sudah tentu membanggakan terutama bagi orang Amerika. Di sebalik pencapaian itu terselit sebuah cerita menarik tentang bagaimana angkasawan itu memeluk Islam.

Gambar daripada www.doyouknow.in

Menurut ceritanya, Neil Amstrong telah mendengar suatu bunyi yang pelik dari satu bahasa yang asing ketika berada di bulan. Beliau tidak mengetahui apakah bunyi tersebut sehinggalah selepas beliau bercuti di Kaherah, Mesir. Di sana beliau telah mendengar suatu bunyi yang serupa dengan apa yang didengarnya di bulan. Beliau bertanyakan seorang pelayan tentang bunyi itu dan diberitahu bahawa bunyi itu adalah seruan azan. Pengakhiran ceritanya adalah beliau memeluk Islam - sesuatu yang membanggakan umat Islam.

Cerita tersebut telah diulang siar oleh ramai orang Islam termasuklah ustaz-ustaz. Ia adalah satu bahan dakwah yang baik untuk meningkatkan jatidiri keislaman anak-anak muda, hanya jika ianya BENAR! Malangnya ini adalah satu lagi dakwaan PALSU yang tidak diketahui asal usulnya, namun terlalu sering disebar. Berikut adalah fakta bagi menidakkan dakwaan tersebut:

1) Surat daripada Vivian White, pembantu pentadbiran Neil Amstrong kepada Phil Parshall, Pengarah Asian Research Center International Christian Fellowship. (dipetik daripada Wikipedia)
NEIL A. ARMSTRONG  LEBANON, OHIO 45036 July 14,1983 Mr. Phil Parshall Director Asian Research Center International Christian Fellowship 29524 Bobrich Livonia, Michigan 48152 Dear Mr. Parshall: Mr. Armstrong has asked me to reply to your letter and to thank you for the courtesy of your inquiry.The reports of his conversion to Islam and of hearing the voice of Adzan on the moon and elsewhere are all untrue.Several publications in Malaysia, Indonesia and other countries have published these reports without verification. We apologize for any inconvenience that this incompetent journalism may have caused you. Subsequently, Mr. Armstrong agreed to participate in a telephone interview, reiterating his reaction to these stories. I am enclosing copies of the United States State Department's communications prior to and after that interview. Sincerely Vivian White Administrative AideLetter by Vivian White, Administrative Aide for Neil Armstrong; July 14,1983  
 2) Laporan The Star Online (Malaysia)
“The only thing that might be more difficult than the Apollo programme was trying to fake it,” he said during a question-and-answer session at the Global Leadership Forum here yesterday.
Asked by Malaysian astronaut candidate Zaid Zahari, 32, which he considered to be his greatest achievement – landing on the moon or getting back to Earth safely – Armstrong said it was a “superior moment” when he set foot on the moon.
. . .
Armstrong, 75, also denied he had heard the Muslim call to prayer on the moon and had converted to Islam.
Jelas sekarang bahawa Neil Amstrong tidak mendengar bunyi azan ketika di bulan mahupun memeluk Islam! Namun, saya tidak terkejut kalau nanti kelua pula dakwaan konon angkasawan itu TERPAKSA menyembunyikan keislamannya kerana konspirasi kerajaan Amerika. Tertutup satu lubang tak bermakna takkan muncul lubang yang lain.

Khamis, 1 November 2012

Coca Cola = La Muhammad La Makkah?

Umat Islam di Malaysia amat sensitif dengan penggunaan kalimah Allah. Apa jua yang barang yang terdapat imej yang serupa dengan kalimah Allah pasti akan diangkat menjadi sesuatu yang kontroversi. Ini dibuktikan dengan pendedahan beberapa kali penggunaan kalimah tersebut dalam jenama-jenama yang agak terkenal. Kontroversi yang begitu riuh diperkatakan ini amat membakar perasaan umat Islam. Pada mereka ini adalah satu lagi agenda untuk menghina dan merendahkan ajaran Islam atau dalam bahasa Inggerisnya 'blasphemy'.

Hasil daripada bantahan dan pemboikotan itu kita melihat syarikat F&N memohon maaf dan menukar logo mereka kepada bentuk yang lebih sesuai. Kita juga melihat Nike menarik balik kasut mereka daripada pasaran kerana tenunan bercorak api pada kasut itu menyerupai kalimah Allah. Sudah tentu ini adalah satu kejayaan yang besar kerana akhirnya syarikat-syarikat ini akhirnya sedar akan sensitiviti umat Islam terhadap perkara berkaitan simbol agama mereka.Saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya umat Islam masih sensitif dengan isu-isu menyangkut hal-hal agama mereka.

Gambar daripada masudblog.com
Namun, sikap yang keterlaluan dalam hal-hal sebegini kadang-kadang membuat sesetengah orang merasa jengkel termasuklah saya, seorang muslim. Ya, adalah sesuatu yang menjengkelkan apabila melihat daripada kalangan kita menunggang terbalikkan sesuatu barang hanya untuk memastikan wujud tidak kalimah Allah atau apa-apa simbol Islam padanya. Sikap keterlaluan ini kadang-kadang menunjukkan betapa dangkal dan ceteknya kefahaman kita tentang ajaran Islam. Ini dapat dilihat melalui contoh-contoh yang berikut:

Logo Coca Cola apabila diterbalikkan, menunjukkan kalimah Arab yang kononnya berbunyi La Muhammad La Makkah bermaksud 'Tiada Muhammad Tiada Makkah'.
Pada penglihatan saya ia tidak bermaksud demikian, bahkan ia sebenarnya berbunyi Li Muhammad Li Makkah yang bermaksud 'untuk Muhammad, untuk Makkah.' Bukankah maksudnya bagus? Orang yang tahu bahasa arab sudah tentu dapat membezakan bahawa yang terdapat dalam logo tersebut adalah  ل yang bermaksud 'untuk' dan bukannya لا yang bermaksud tidak. Hanya orang yang terlebih pandai bahasa Arab sahaja yang akan mengatakan sebaliknya. 


Begitu juga halnya dengan logo Crocs di atas yang telah diterbalikkan semata-mata untuk menunjukkan adanya kalimah Allah. Walhal gambar yang asal dengan jelas dan terang menunjukkan bahawa ia adalah seekor buaya. Tetapi wujud pula orang yang terlebih tajam penglihatannya dan terlebih pula daya analisis dan sistesisnya menafsirkan logo itu sebagai kalimah Allah.Untuk memvisualkannya menjadi satu kerja pula untuk menterbalikkan logo itu dan menambah lakaran tulisan nama Allah pada logo yang terbalik itu.


Maka daripada kontroversi sebegini dapat kita fahami bahawa dalam fikiran sesetengah daripada kita apa-apa sahaja yang berbentuk trisula itu adalah kalimah Allah. Terbit pula persoalan daripada benak fikiran saya, "Bagaimana pula jika kalimah itu sudah memang semulajadi wujud pada sesuatu hidupan atau benda?" Apakah pula hukumnya kita masuk ke tandas sedangkan pada tangan kita sendiri ada kalimah Allah (menurut pendapat sesetengah orang)? 

Pada tangan kita dikatakan ada kalimah Allah

Khamis, 31 Mei 2012

Ikut Yahudi ke Ikut Nabi?

Agenda Yahudi untuk menakluk dunia memang banyak diperkatakan. Setiap kali juga diperkatakan tentang agenda-agenda Yahudi terhadap umat Islam. Saya bukanlah langsung tidak percaya dengan dakwaan-tersebut tetapi tidak perlulah sampai setiap satu benda di dunia ini hendak dikaitkan dengan Yahudi sehingga seolah-olah kita yang paranoid dengan Yaudi. Janganlah juga kerana kebencian kita terhadap kaum Yahudi, kita mengeluarkan dakwaan yang bukan-bukan. Firman Allah s.w.t:
  

Wahai orang yang beriman! Jadilah kamu orang yang menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil, dan janganlah kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil. Tegakkanlah keadilan, itulah yang lebih hampir dengan takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah adalah al-Khabir (Maha Mengenal) terhadap apa yang kamu lakukan. (al-Maaidah: 8)

Jika mereka (orang Yahudi) datang kepada engkau (meminta pengadilan), maka buatlah pengadilan antara mereka atau berpalinglah daripada mereka. Dan jika engkau berpaling daripada mereka, mereka tidak mampu mendatangkan kemudaratan kepada engkau sedikit pun, tetapi jika engkau memutuskan (hukum) antara mereka, maka putuskanlah secara adil. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil.  (al-Maaidah: 42)

Sikap adil dalam menyelidiki kebenaran itu perlu agar tidaklah kita mengeluarkan dakwaan secara semberono sahaja. Sikap teliti juga perlu agar kita dapat membezakan yang mana hadith yang benar dengan hadith yang direka-reka. Sikap adil dan teliti ini perlu umpamanya dalam menilai dakwaan berikut yang menyandarkan Rasulullah bagi menguatkan hujahnya (saya dapati daripada Facebook):

AGENDA YAHUDI :

1. Bijak sungguh Yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang zionis tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.
 

Susu lembu di Israel - Tnuva


Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para zionis ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut zionis ke nak ikut nabi kita?

Penerangan: Saya tak pernah dengar atau jumpa mana-mana hadith yang menyebut Rasulullah s.a.w tidak menggalakkan memakan organ dalaman. Yang ada hanyalah hadith yang menyatakan kehalalan memakan hati dan limpa seperti berikut: 

Dari Ibnu Umar –radiyallahu ‘anhuma- dia berkata, Rasulullah –shallallahu ‘alahi wa sallam- bersabda, “Dihalalkan bagi kami dua bangkai dan dua darah. Dua bangkai yaitu belalang dan ikan. Adapun dua darah yaitu ati dan limpa” Dikeluarkan oleh Ahmad, Ibnu Majah, dan di dalamnya terdapat kedhoifan.

Mungkin ada yang akan menjawab "memang dihalalkan tapi Nabi tak galakkan...Nabi pun tak makan organ dalaman" Persoalannya, benarkah nabi tak galakkan? Benarkah Nabi tak makan organ dalaman? Apakah buktinya kalau benar dikatakan demikian? Apakah ada hadith-hadith atau nas yang dapat menerangkan? 


Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok zionis, tiap-tiap hari mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK (profesor mana?) mengatakan yang zionis semua ada segelas kopi di tangan mereka.

Penerangan: Dakwaan adalah sangat lucu. Saya tidak pernah mendengar mana-mana hadith yang menyebut bahawa baginda pernah minum kopi. Jika diselidik lebih lanjut, kopi mula ditemui pada abad ke-9, 200 tahun selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Bagaimanakah kopi boleh menjadi kegemaran Rasulullah s.a.w sedangkan kopi belum diminum pada zaman baginda?

Dengan menulis dan menyebarkan dakwaan dan hadith rekaan seperti ini, kita harus bertanya "Apakah kita mengikut Nabi atau mengikut Yahudi seperti yang dinyatakan dalam ayat berikut?"

Dan di kalangan orang Yahudi (ada) yang gemar mendengar pembohongan dan suka mengambil perkataan orang yang tidak pernah menemui engkau. Mereka mengubah-ubah kalimah-kalimah (Tawrat) daripada tempatnya. (al-Maaidah: 41)

Ingatlah ancaman Rasulullah terhadap orang yang berdusta menggunakan nama baginda: 

"Barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaknya ia mengambil (bersiap) tempatnya di neraka” (Shahih Bukhari)

Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

Saya tidak nampak bahawa buku-buku sains atau kesihatan merendahkan pemakanan Rasululah s.a.w apabila ia mengatakan daging kambing tinggi kolestrol. Itu adalah kajian mereka menurut ilmu yang mereka ada. Jika kita hendak menuduh bahawa kajian orang kafir itu salah maka kita harus datangkan kajian daripada orang Islam untuk menolak fakta sains dari orang kafir.

Selain itu, kita kena tanya juga, Rasulullah kalau makan kambing tu makannya macam mana. Adakah baginda melahap ataupun makan sekadar perlu sahaja. Fakta bahawa Rasulullah makan daging kambing tidak menolak fakta bahawa kalau makan daging kambing boleh meningkatkan kolestrol. Tidak wajar kalau kita anggap makanan yang disukai Rasulullah itu tidak akan memberi mudarat jika diambil berlebihan. 

Para zionis ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Orang Melayu kita juga yang ketagih minum coca-cola, pepsi-cola…(fakta ini datangnya daripada mana? Bukankah daripada buku yang ditulis orang kafir juga?)

Orang Yahudi tak minum Coke ke?

Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus (siapa yang ajar? Bagus sebab apa? Banyak vitamin?), namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans (memang betul, tapi sapa yang ajar MacDonalds bagus?).

McDonald's di Israel


Maaf cakap, tapi percayalah pada akhirnya orang yang menyebarkan ini masih jgua minum Coke, Pepsi, Maggi dan MacDonalds...tak percaya? Tepuk dada tanya selera.

Untuk pengetahuan, para Zionis agen Dajjal ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.

8. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen pada wanita. Pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

 

Susu Soya di Israel

Sabtu, 21 April 2012

Jangan Bersikat sambil Berdiri?

Gambar daripada http://www.flickr.com/photos/purplemattfish/3489639831
"Rasulullah s.a.w melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi kerana perbuatanitu melemahkan akar rambut. Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan menguatkan otot jantung dan elak daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan melemahkan jantung. Seseorang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah hutang. Adalah makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak. Share ya..."

Saya mendapati pernyataan ini daripada FB seorang junior. Terdapat beberapa dakwaan yang kedengaran pelik dalam dakwaan tersebut, dan banyak persoalan yang timbul setelah membacanya:



1.  Rasulullah larang sikat rambut di bilik mandi
Saya tidak pernah dengar hadith yang melarang umat Islam menyikat rambut dalam bilik air, barangkali ia adalah hadith yang tidak popular. Saya juga cuba menGoogle hadith yang menyatakan larangan tersebut, tidak pula dijumpai. Justeru saya beranggapan dakwaan tersebut hanya direka-reka dan disebar melalui chain message.

2.   Menyikat rambut dalam bilik mandi boleh lemahkan akar rambut
Bila membaca dakwaan kedua ini, saya tertanya-tanya adakah ini petua/tips kesihatan yang disalahfahami sebagai hadith? 

3.  Sikat rambut berdiri boleh lemahkan  jantung 
Adakah ini pendapat sendiri atau hadith atau kenyataan daripada orang lain? 

4. Sikat rambut berdiri akan sebabkan terjebak dalam masalah hutang 
Dakwaan ini bertentangan dengan nature ajaran Islam yang melarang kepercayaan-kepercayaan karut seperti ini. Bahkan terdapat juga hadith yang melarang perkara tahyul seperti meramal nasib dan sihir: 


"Dari Imran bin Hushain .a, ia berkata: 'Rasulullah s.a.w bersabda: 'Bukan termasuk golongan kami yang melakukan atau meminta tathayyur (menentukan nasib sial berdasarkan tanda-tanda benda,burung dan lain-lain),yang meramal atau yang meminta diramalkan, yang menyihir atau meminta disihirkan dan barangsiapa mendatangi peramal dan membenarkan apa yang ia katakan, maka sesungguhnya ia telah kafir terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad s.a.w." (hari. Al-Bazzaar, dengan sanad jayyid).


Saya seterusnya mencari kalau-kalau terdapat huraian mana-mana pakar agama berkenaan hal ini dan saya menjumpai jawapan berikut daripada laman http://kemusykilan.islamgrid.gov.my. Jawapannya cukup ringkas:

Soalan
Assalamualaikum..
Soalan saya adakah benar RASULULLAH SAW melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi kerana perbuatan itu melemahkan umbi rambut.? Sekian.

Jawapan
Waalaikumussalam.


Terdapat juga jawapan daripada Ustaz Azhar Idrus berhubung hal ini: 


Pesanan: Bersikap curigalah dengan hadith yang kedengaran pelik bunyinya. 

Kebetulan bercakap tentang rambut, suka saya berkongsi dengan para pembaca tentang satu produk yang menurut pengalaman saya amat baik untuk rambut. Untuk pengetahuan para pembaca, penulis pernah (dan masih) mengalami masalah kelemumur yang agak teruk. Telah banyak jenis syampu yang saya gunakan termasuklah Selsun (menyebabkan kulit kepala jadi kering dan rambut jadi kusam), Clear (kesannya kulit kepala jadi gatal sebab terlalu kering), Head n Shoulders (agak ok, tapi masih gatal), dan Pantene (saya terbeli yang made in Thailand, syampunya cair). 

Daripada carian google, saya menemui komen-komen yang agak bagus tentang produk dengan jenama Himalaya. Produk tersebut juga disyorkan oleh teman-teman serumah yang juga menggunakan produk dari jenama tersebut seperti scrub, masker dan makanan tambahan. Kebetulan ke Watsons, saya terus mencapai syampu Anti Kelemumur Himalaya.  Hanya setelah dua hari memakainya saya sudah merasai kesan yang amat baik. Kelemumur hilang dan kulit kepala juga tidak gatal seperti setelah menggunakan syampu dair jenama lain.

Tips lain untuk kesihatan kulit kepala:
  • Jangan garu kepala untuk hilangkan kelemumur, nanti cepat botak (macam saya, hehe)
  • Kurangkan menggunakan gel rambut. Jika guna, cucilah rambut sebelum tidur. 
  • Gatal kulit kepala selepas guna syampu antikelemumur? Lepas guna syampu antikelemumur, gunalah syampu yang ada pelembab seperti Dove pula untuk kembalikan kelembapan kepada kulit kepala. 
  • Kurangkan makanan berminyak. Saya dapati kelemumur bertambah setiap kali makan makanan berminyak. Justeru, saya akan guna syampu antikelemumur kalau pada hari tu saya makan makanan berminyak. 
  • Banyakkan makan buahan dan sayuran.

Selasa, 22 November 2011

Senarai Barang Berunsurkan BABI

BABI sememangnya binatang yang sangat rendah tarafnya dalam masyarakat Melayu. Perkataan babi pula digunakan sebagai 'penegasan' kepada betapa bencinya seseorang terhadap sesuatu. Penegasan ini pula lahir dalam perkataan yang ringkas seperti "Babi!", "Babi la ko!", "Gila baabi", dan seumpamanya. Terdapat juga spesis haiwan yang menjadi mangsa perkataan ini iaitu SIPUT BABI kerana spesis siput bercangkerang lembut ini sangatlah dibenci petani kerana tabiatnya merosakkan tanam-tanaman. Terdapat juga cara yang sopan untuk menyebut perkataan BABI ini seperti "BAB 1 betullah mamat tu", "Barbie sungguh la", dan juga "Weh, tadi aku nampak Baby melintas, geli dowh". Variasi sopan perkataan babi ini barangkali wujud kerana perkataan BABI itu kalau didengar pun sudah cukup menggelikan. Maka perlu ada variasi agar tidak menyebabkan orang muntah apabila mendengar perkataan tersebut. Begitulah buruknya nama babi tersebut.

Kerana begitu bencinya orang Melayu terhadap babi ini, maka mudahlah sesetengah pihak menggunakan nama ini untuk menjahanamkan reputasi sesetengah produk. Kalau hendak mengatakan sesuatu produk itu tidak halal, maka perlulah dikaitkan dengan babi agar lebih bertambah-tambah kesan fitnah yang dibuat. Anda boleh melihat sendiri betapa bergunanya babi untuk memfitnah seperti di bawah:


Babi SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK ****
> 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
> 3. Ajinomoto ( Thailand )
> 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
> 5. Semua tauhu buatan Orang Cina
> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
> 7. Sabun FAB berbuku
> 8. Lobak Jeruk
> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
> 10. Krim Muka Hazeline Snow

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT ****, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)

> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
> 3. Daging Burger Import
> 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
> 5. Kasut Bola Jenis ‘ Gold Cup’
> 6. Berus Gigi Jenis ‘ Reach’
> 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
> 8. Semua sabun mandi yang diimport
> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
> 11. Have Pearl Cream
> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina
> 14.. Beehon Segera Siam
> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK **** DAN BINATANG TIDAK HALAL )

> 1. Bosset Wine Gum
> 2. Dairy Milk Coklat
> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
> 4. Sugus Strawberry
> 5. Passer Doily Mixture
> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
> 7. Scothes Vikmin
> 8. Share Extra Atrenght
> 9. Black Current Jelly
> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges
> 11. Valvis Gelatin
> 12. Sarung Kapsul Ubat
> 13. Ais Krim dalam bekas plastik
> 14. Gula-gula Fruities
> 15 Cake Mets Vilber Punch
> 16 Coklat Cake
> 17 Tepung Kastard Lady’s Choice
> 18 Semua jenis Jelly
> 19 Semua jenis gincu bibir
> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo
> 21 Lady’s Choice Jelly
> SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA
> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND
Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang. TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.
Confirm – Pringles Potato Chips – tidak HALAL !!
AMARAN OLEH KERAJAAN M’SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!
Ref. Message: Pringles Potato Chips
Looks like you have to find another alternative to munch.
Just to let you and gang know…….. I have checked. It’s true that the chips contain Emulsifier.
Dr Safurah Hj Jaafar ;
Principal Assistant Director;
Ministry of Health , Malaysia ;
Tel: 03-2540088.

Ini adalah respons pihak JAKIM terhadap dakwaan ini:

1. JAKIM mengucapkan terima kasih kerana mengingatkan orang ramai khususnya pengguna Muslim tentang pemilihan barang makanan.

2. Isu yang dikemukakan oleh puan di atas adalah isu lama dan dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, kerana apabila pihak JAKIM membuat siasatan nama mereka yang dikaitkan dalam Kajian di Pusat Pengajian Tinggi tidak wujud dan pihak universiti tidak pernah mengarahkan mana-mana pensyarah atau pelajar membuat kajian terhadap produk yang dimaksudkan.

3. Sebagai panduan puan, dinasihatkan supaya menggunakan produk yang ada tanda halal JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri dan sekiranya terdapat kemusykilan pada barangan yang ada tanda halal JAKIM diminta supaya mendapatkan nama produk dan pengeluar dengan jelas dan rujuklah kepada JAKIM atau lihat laman web JAKIM melalui internet.

4. Elakkan dari membeli barangan keluaran luar negara yang ada campuran daripada bahan yang bersumberkan haiwan.