Sabtu, 21 April 2012

Jangan Bersikat sambil Berdiri?

Gambar daripada http://www.flickr.com/photos/purplemattfish/3489639831
"Rasulullah s.a.w melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi kerana perbuatanitu melemahkan akar rambut. Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan menguatkan otot jantung dan elak daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan melemahkan jantung. Seseorang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah hutang. Adalah makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak. Share ya..."

Saya mendapati pernyataan ini daripada FB seorang junior. Terdapat beberapa dakwaan yang kedengaran pelik dalam dakwaan tersebut, dan banyak persoalan yang timbul setelah membacanya:



1.  Rasulullah larang sikat rambut di bilik mandi
Saya tidak pernah dengar hadith yang melarang umat Islam menyikat rambut dalam bilik air, barangkali ia adalah hadith yang tidak popular. Saya juga cuba menGoogle hadith yang menyatakan larangan tersebut, tidak pula dijumpai. Justeru saya beranggapan dakwaan tersebut hanya direka-reka dan disebar melalui chain message.

2.   Menyikat rambut dalam bilik mandi boleh lemahkan akar rambut
Bila membaca dakwaan kedua ini, saya tertanya-tanya adakah ini petua/tips kesihatan yang disalahfahami sebagai hadith? 

3.  Sikat rambut berdiri boleh lemahkan  jantung 
Adakah ini pendapat sendiri atau hadith atau kenyataan daripada orang lain? 

4. Sikat rambut berdiri akan sebabkan terjebak dalam masalah hutang 
Dakwaan ini bertentangan dengan nature ajaran Islam yang melarang kepercayaan-kepercayaan karut seperti ini. Bahkan terdapat juga hadith yang melarang perkara tahyul seperti meramal nasib dan sihir: 


"Dari Imran bin Hushain .a, ia berkata: 'Rasulullah s.a.w bersabda: 'Bukan termasuk golongan kami yang melakukan atau meminta tathayyur (menentukan nasib sial berdasarkan tanda-tanda benda,burung dan lain-lain),yang meramal atau yang meminta diramalkan, yang menyihir atau meminta disihirkan dan barangsiapa mendatangi peramal dan membenarkan apa yang ia katakan, maka sesungguhnya ia telah kafir terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad s.a.w." (hari. Al-Bazzaar, dengan sanad jayyid).


Saya seterusnya mencari kalau-kalau terdapat huraian mana-mana pakar agama berkenaan hal ini dan saya menjumpai jawapan berikut daripada laman http://kemusykilan.islamgrid.gov.my. Jawapannya cukup ringkas:

Soalan
Assalamualaikum..
Soalan saya adakah benar RASULULLAH SAW melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi kerana perbuatan itu melemahkan umbi rambut.? Sekian.

Jawapan
Waalaikumussalam.


Terdapat juga jawapan daripada Ustaz Azhar Idrus berhubung hal ini: 


Pesanan: Bersikap curigalah dengan hadith yang kedengaran pelik bunyinya. 

Kebetulan bercakap tentang rambut, suka saya berkongsi dengan para pembaca tentang satu produk yang menurut pengalaman saya amat baik untuk rambut. Untuk pengetahuan para pembaca, penulis pernah (dan masih) mengalami masalah kelemumur yang agak teruk. Telah banyak jenis syampu yang saya gunakan termasuklah Selsun (menyebabkan kulit kepala jadi kering dan rambut jadi kusam), Clear (kesannya kulit kepala jadi gatal sebab terlalu kering), Head n Shoulders (agak ok, tapi masih gatal), dan Pantene (saya terbeli yang made in Thailand, syampunya cair). 

Daripada carian google, saya menemui komen-komen yang agak bagus tentang produk dengan jenama Himalaya. Produk tersebut juga disyorkan oleh teman-teman serumah yang juga menggunakan produk dari jenama tersebut seperti scrub, masker dan makanan tambahan. Kebetulan ke Watsons, saya terus mencapai syampu Anti Kelemumur Himalaya.  Hanya setelah dua hari memakainya saya sudah merasai kesan yang amat baik. Kelemumur hilang dan kulit kepala juga tidak gatal seperti setelah menggunakan syampu dair jenama lain.

Tips lain untuk kesihatan kulit kepala:
  • Jangan garu kepala untuk hilangkan kelemumur, nanti cepat botak (macam saya, hehe)
  • Kurangkan menggunakan gel rambut. Jika guna, cucilah rambut sebelum tidur. 
  • Gatal kulit kepala selepas guna syampu antikelemumur? Lepas guna syampu antikelemumur, gunalah syampu yang ada pelembab seperti Dove pula untuk kembalikan kelembapan kepada kulit kepala. 
  • Kurangkan makanan berminyak. Saya dapati kelemumur bertambah setiap kali makan makanan berminyak. Justeru, saya akan guna syampu antikelemumur kalau pada hari tu saya makan makanan berminyak. 
  • Banyakkan makan buahan dan sayuran.

Selasa, 22 November 2011

Senarai Barang Berunsurkan BABI

BABI sememangnya binatang yang sangat rendah tarafnya dalam masyarakat Melayu. Perkataan babi pula digunakan sebagai 'penegasan' kepada betapa bencinya seseorang terhadap sesuatu. Penegasan ini pula lahir dalam perkataan yang ringkas seperti "Babi!", "Babi la ko!", "Gila baabi", dan seumpamanya. Terdapat juga spesis haiwan yang menjadi mangsa perkataan ini iaitu SIPUT BABI kerana spesis siput bercangkerang lembut ini sangatlah dibenci petani kerana tabiatnya merosakkan tanam-tanaman. Terdapat juga cara yang sopan untuk menyebut perkataan BABI ini seperti "BAB 1 betullah mamat tu", "Barbie sungguh la", dan juga "Weh, tadi aku nampak Baby melintas, geli dowh". Variasi sopan perkataan babi ini barangkali wujud kerana perkataan BABI itu kalau didengar pun sudah cukup menggelikan. Maka perlu ada variasi agar tidak menyebabkan orang muntah apabila mendengar perkataan tersebut. Begitulah buruknya nama babi tersebut.

Kerana begitu bencinya orang Melayu terhadap babi ini, maka mudahlah sesetengah pihak menggunakan nama ini untuk menjahanamkan reputasi sesetengah produk. Kalau hendak mengatakan sesuatu produk itu tidak halal, maka perlulah dikaitkan dengan babi agar lebih bertambah-tambah kesan fitnah yang dibuat. Anda boleh melihat sendiri betapa bergunanya babi untuk memfitnah seperti di bawah:


Babi SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK ****
> 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
> 3. Ajinomoto ( Thailand )
> 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
> 5. Semua tauhu buatan Orang Cina
> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
> 7. Sabun FAB berbuku
> 8. Lobak Jeruk
> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
> 10. Krim Muka Hazeline Snow

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT ****, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)

> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
> 3. Daging Burger Import
> 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
> 5. Kasut Bola Jenis ‘ Gold Cup’
> 6. Berus Gigi Jenis ‘ Reach’
> 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
> 8. Semua sabun mandi yang diimport
> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
> 11. Have Pearl Cream
> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina
> 14.. Beehon Segera Siam
> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK **** DAN BINATANG TIDAK HALAL )

> 1. Bosset Wine Gum
> 2. Dairy Milk Coklat
> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
> 4. Sugus Strawberry
> 5. Passer Doily Mixture
> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
> 7. Scothes Vikmin
> 8. Share Extra Atrenght
> 9. Black Current Jelly
> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges
> 11. Valvis Gelatin
> 12. Sarung Kapsul Ubat
> 13. Ais Krim dalam bekas plastik
> 14. Gula-gula Fruities
> 15 Cake Mets Vilber Punch
> 16 Coklat Cake
> 17 Tepung Kastard Lady’s Choice
> 18 Semua jenis Jelly
> 19 Semua jenis gincu bibir
> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo
> 21 Lady’s Choice Jelly
> SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA
> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND
Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang. TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.
Confirm – Pringles Potato Chips – tidak HALAL !!
AMARAN OLEH KERAJAAN M’SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!
Ref. Message: Pringles Potato Chips
Looks like you have to find another alternative to munch.
Just to let you and gang know…….. I have checked. It’s true that the chips contain Emulsifier.
Dr Safurah Hj Jaafar ;
Principal Assistant Director;
Ministry of Health , Malaysia ;
Tel: 03-2540088.

Ini adalah respons pihak JAKIM terhadap dakwaan ini:

1. JAKIM mengucapkan terima kasih kerana mengingatkan orang ramai khususnya pengguna Muslim tentang pemilihan barang makanan.

2. Isu yang dikemukakan oleh puan di atas adalah isu lama dan dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, kerana apabila pihak JAKIM membuat siasatan nama mereka yang dikaitkan dalam Kajian di Pusat Pengajian Tinggi tidak wujud dan pihak universiti tidak pernah mengarahkan mana-mana pensyarah atau pelajar membuat kajian terhadap produk yang dimaksudkan.

3. Sebagai panduan puan, dinasihatkan supaya menggunakan produk yang ada tanda halal JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri dan sekiranya terdapat kemusykilan pada barangan yang ada tanda halal JAKIM diminta supaya mendapatkan nama produk dan pengeluar dengan jelas dan rujuklah kepada JAKIM atau lihat laman web JAKIM melalui internet.

4. Elakkan dari membeli barangan keluaran luar negara yang ada campuran daripada bahan yang bersumberkan haiwan.

Selasa, 18 Oktober 2011

Paderi Melayu dah tiba?

Dalam tulisan saya yang lalu saya menyebut tentang holy water di mana dalam chain-message tersebut ada disebutkan tentang ketibaan 19 (atau 1900) orang paderi Melayu daripada Singapura ke Malaysia. Chain message yang asal mengandungi gambar orang yang dikatakan paderi Melayu tersebut namun tidak saya sertakan kerana kesuntukan masa. Di sini saya sertakan sekali gambarnya dan penerangan tentang gambar tersebut. 

Khabar seperti ini pasti membimbangkan, ditambah pula mempunyai bukti gambar sekali. Namun, setelah memeriksa kembali, saya temui keterangan tentang individu yang dikatakan sebagai paderi Melayu tersebut. Individu tersebut sememangnya seorang paderi, namun beliau bukanlah berbangsa Melayu sebaliknya adalah berketurunan Kadazan. Ini bermakna beliau bukanlah berasal daripada Singapura bahkan adalah dari Sabah. Keterangannya adalah seperti berikut:

“The 2 priests in the picture is Rev. Fr. Paulus Toni Tantiono OFM Capuchin from Pontianak, Kalimantan  and currently teaching Bible Study in Seminari Tinggi Permatang Siantar Sumatera Utara, Indonesia and the other priest standing at his back is Rev. Fr. Nicholas Stephen from Penampang, Sabah and currently serving at St. John’s parish Tuaran, Sabah. Fr. Paulus is a Chinese descendent while Fr. Nicholas Stephen is a Kadazan descendant.“


Ahad, 2 Oktober 2011

Bye = Di Bawah Naungan Pope/Paderi?


Saya kadang-kadang hairan dengan sikap kita yang kelihatannya paranoid dengan apa-apa yang datang dari barat. Hampir kebanyakan benda yang datang dari barat sering dianggap sebagai racun orang Kristian ataupun Yahudi untuk melemahkan umat Islam. Sikap paranoid itu dijelmakan dengan timbulnya dakwaan-dakwaan yang kadang-kadang langsung tidak masuk akal. Dakwaan-dakwaan ini pula tidak diketahui asal usulnya dan banyak yang tidak berasas. Apakah ia memang datang daripada orang Islam? Apakah ia datang daripada sesetengah pihak yang sebenarnya hendak memperlihatkan umat Islam sebagai umat yang lemah inteleknya? Saya sering menemukan dakwaan seperti dinyatakan di bawah:
perkataan  <BYE>  merupakan jarum sulit org kristian...didlm bahasa Arab b'maksud "fi hafzil baba" manakala dlm bahasa Malaysia b'maksud di bwh naungan pope(paderi) .  jd foward dan sebarkan kepada semua shbt2 anda.semoga Allah memberi rahmat kpd kita dan org lain.wassalam.
Wallahualam. ..
Sebaik2nya gantikan perkataan BYE tersebut kepada Assalamualaikum. .. Kerana sesungguhnya Islam yang diwariskan kepada kita oleh junjungan besar Nabi Muhammad SWT itu sudah lengkap dan sesuai untuk diamalkan sehingga ke akhir zaman... Cuma kita sahaja yang gemar menuruti budaya barat... (Budaya orang kafir laknat Nauzubillah. 
Apakah Maksud Bye?

Umum mengetahui bahawa bye adalah perkataan Inggeris dan maknanya selamat tinggal. Ianya diucapkan apabila seseorang mahu berpisah/ ke tempat lain selepas bertemu. Carilah daripada kamus manapun ia akan menyatakan bahawa goodbye bermaksud selamat tinggal. Ia begitu mudah dimengerti maknanya sehinggakan anak kecil yang berumur enam tahun pun faham apa maknanya bila perkataan tersebut diucap.



Bye Bermaksud Fi Hafzil Baba - Di Bawah Naungan Pope? 

Mesej tersebut juga mengatakan kononnya bye sebenarnya bermaksud fi hafzil baba (di bawah naungan Pope)  dalam bahasa Arab. Saya tidak tahu ustaz ataupun pak Arab manakah yang telah memberikan definisi tersebut. Bagi mendapatkan asal-usul perkataan bye saya telah men'google' menggunakan keyword "bye+origin" dan ini saya dapati: 
This phrase comes from God be with you. It has been shortened over the years since 16th century. Shakespeare used "God be wy you." The substitution for good for God seems to have been mainly due to the influence of such phrases as " good day" and " good night."
Petikan tersebut menerangkan bahawa frasa goodbye adalah gabungan dari perkataan God be with you dan telah dipendekkan sejak abad ke-16. Carian lanjut menemukan saya dengan fakta berikut yang menerangkan lebih lanjut tentang apa yang dikatakan dalam petikan di atas:

A contraction of the phrase God be with you (or ye); see GOD n. 8. The substitution of good- for God may have been due to association with such formulas of leave-taking as good day, good night, etc.
In a quote from 1659, we still have "God":
But mum for that, his strength will scarce supply His Back to the Balcona, so God b' wy.
And then by 1694, we have transitioned to "good":
He flings up his tail..and so bids us good-b'wy.

Jelas, asal perkataan Goodbye ialah daripada "God be with you (ye)". Pada tahun 1959, ia disingkatkan menjadi Godb'wy, seterusnya menjadi good-b'wy pada 1694, dan sekarang ia ditulis sebagai goodbye, dan disingkatkan juga menjadi bye sahaja.

God be with ye - God be with you - God b'wy - Good b'wy - Goodbye - Bye

Jelaslah bahawa perkataan bye sebenarnya berasal daripada Bahasa Inggeris. Jadi, bagaimanakah pula boleh timbul dakwaan konon bye dalam bahasa Arab bermaksud "fi hafzil baba" atau "di bawah naungan Pope"?

Barangkali
disebabkan perkataan tersebut digunakan oleh orang putih, sesetengah pihak menyelongkar pula maknanya dari segi asal usulnya dan mencari pengertian “sebenar” yang lebih dalam. Perkataan yang sepatah itu dianggap begitu berbahaya seolah-olah ia mampu menukarkan seorang muslim menjadi seorang Kristian atau Yahudi. 
 
Barangkali orang yang mencipta dan menyebar dakwaan ini mempunyai tujuan dakwah bagi menyedarkan umat Islam agar menggunakan perkataan salam yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w.
  Hal itu pada saya tidak salah. Yang salahnya adalah pembohongan yang kita lakukan untuk tujuan kononnya ingin berdakwah.

Selasa, 27 September 2011

Air Mineral + Holy Water

Cerita tentang holy water ini sudah lama saya dengar. Tidak setahun dua, bahkan sudah berbelas tahun semenjak saya di sekolah rendah lagi. Ada yang kata pihak tertentu membayar pihak tertentu untuk menarik golongan muda memasuki agama mereka dan dibayar ribuan ringgit bagi setiap orang yang berjaya diajak. Dan orang yang diajak tu pula akan diberi minum satu minuman (holy water) yang mana selepas minum, mereka tidak akan mampu untuk mengucap kalimah syahadah. Begitu bahayanya holy water yang diperkatakan ini. Cerita ini  pula seperti hidup, pandai membesar dan pandai pula membiak. Anda boleh lihat perkembangannya daripada awal sehingga keadaanya yang terkini seperti berikut:

VERSI 1
Dari Blog From My Desk

VERSI 2
Dari blog From My Desk

VERSI TERKINI

Begitulah hidupnya cerita tentang holy water ini. Ianya seperti iklan sabun pencuci pakaian di televisyen. Agar ianya sentiasa segar dipandang, ditukar namanya, ditambah bahan baru, serta diperkenalkan pula produk baru yang lebih hebat yang sudah tentu bertambah-tambah lagi kehebatannya. Begitulah juga halnya dengan Holy Water ini. Nama-nama air mineral yang asalnya al-Barakah ditukar menjadi al-Baramkah, al-Mansor menjadi al-Mansori, dan al-Bistari menjadi al-Bistaria. Kemudian versi terbaru pula menambah tiga jenama lain yang tak pernah disebutkan dalam versi-versi sebelumnya. Jumlah paderi itu bertambah dari jumlah asalnya 19 menjadi 1900. SUNGGUH AJAIB!

Isnin, 26 September 2011

Poco-poco Agenda Kristian?



Saya ingin sekali merujuk kepada surat tentang pewartaan fatwa berkenaan pengharaman Poco-poco sbgaimana di atas. Surat tersebut menyatakan pengharaman tarian/ senaman poco-poco adalah berasaskan sebab-sebab berikut:

1) mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh yang sering diamalkan di JAMAICA
2) bercirikan agama Kristian

Penerangan:

1) Barangkali klaim ini ada kaitan dengan yg berikut Pocomania yg diamalkan di Jamaica.

Apakah Pocomania ?

Pocomania (disebut Pokomania) atau Pukkumina adalah sebuah pecahan agama yg bercampur baur antara kepercayaan asal orang Afrika dengan unsur2 Kristian Protestan. Kepercayaan ini melibatkan ritual seperti tarian, bunyian gendang dan juga spirit possession (rasukan).

"Pocomania or Pukkumina (possibly from Span., ‘a little madness’) - Afro-Jamaican cults descended from surviving forms of African religion mixed with Protestant elements from the time of the Great Revival in Jamaica in 1860–2. They take the form of small local ‘bands’ led by a ‘Captain’, ‘Mother’, or ‘Shepherd/ess’ who lives at and rules over the band's Yard. Pocomania passes over into ancestor-spirit cults on one side, and into Revival Zion on the other, and some adherents belong to the Christian churches."

"The central feature of the Pocomania sect, for example, is spirit possession; the Cumina sect has rituals characterized by drumming, dancing, and spirit possession."

Apakah Poco-poco?

Poco-poco adalah sebuah tarian yang berasal dari Sulawesi, Indonesia (BUKAN JAMAICA MAHUPUN FILIPINA) dan ditarikan bagi mengiringi sebuah lagu pop yang popular pada ketika itu (mungkin sekitar 80-an). Penyanyinya Yopie Latul, Penulis liriknya Arie Sapulette, Bahasanya: Bahasa Manado. Poco-poco bermaksud "yang berisi dan lincah". Hal ini kerana lirik lagunya memuji kelincahan wanita yang berisi ketika menari (yg mndatangkan inspirasi kpd pnulis lirik lagu Poco-poco).


Balenggang pata-pata
Ngana pe goyang pica-pica
Ngana pe bodi poco-poco

Cuma ngana yang kita cinta
Cuma ngana yang kita sayang
Cuma ngana suka biking pusing
(ya’ ulangi)

Ngana bilang kita na sayang
Rasa hati ini melayang jauh…
Ci ija ci ija
Biar kita ngana pe bayang
Biar na biking layang-layang
Cuma ngana yang kita sayang

Terjemahan:

(Jalannya berlenggang,
Goyangan badanmu...lincah,
Tubuhmu yang berisi dan lincah
Hanya kamu yang kucinta
Hanya kamu yang kusayang
Hanya kamu suka buat aku pusing...)

Poco-poco adalah amat berbeza dengan Pocomania yang diamalkan dlm istilah asalnya dan juga tidak ada kaitan dengan mana-mana ritual dalam agama Kristian.

Utk meneliti lebih lanjut sejarah tarian Poco-poco, sila rujuk link di bawah:

http://taipingilmu.blogspot.com/2009/03/poco-poco-dan-sejarahnya.html