Khamis, 31 Mei 2012

Ikut Yahudi ke Ikut Nabi?

Agenda Yahudi untuk menakluk dunia memang banyak diperkatakan. Setiap kali juga diperkatakan tentang agenda-agenda Yahudi terhadap umat Islam. Saya bukanlah langsung tidak percaya dengan dakwaan-tersebut tetapi tidak perlulah sampai setiap satu benda di dunia ini hendak dikaitkan dengan Yahudi sehingga seolah-olah kita yang paranoid dengan Yaudi. Janganlah juga kerana kebencian kita terhadap kaum Yahudi, kita mengeluarkan dakwaan yang bukan-bukan. Firman Allah s.w.t:
  

Wahai orang yang beriman! Jadilah kamu orang yang menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil, dan janganlah kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil. Tegakkanlah keadilan, itulah yang lebih hampir dengan takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah adalah al-Khabir (Maha Mengenal) terhadap apa yang kamu lakukan. (al-Maaidah: 8)

Jika mereka (orang Yahudi) datang kepada engkau (meminta pengadilan), maka buatlah pengadilan antara mereka atau berpalinglah daripada mereka. Dan jika engkau berpaling daripada mereka, mereka tidak mampu mendatangkan kemudaratan kepada engkau sedikit pun, tetapi jika engkau memutuskan (hukum) antara mereka, maka putuskanlah secara adil. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil.  (al-Maaidah: 42)

Sikap adil dalam menyelidiki kebenaran itu perlu agar tidaklah kita mengeluarkan dakwaan secara semberono sahaja. Sikap teliti juga perlu agar kita dapat membezakan yang mana hadith yang benar dengan hadith yang direka-reka. Sikap adil dan teliti ini perlu umpamanya dalam menilai dakwaan berikut yang menyandarkan Rasulullah bagi menguatkan hujahnya (saya dapati daripada Facebook):

AGENDA YAHUDI :

1. Bijak sungguh Yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang zionis tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.
 

Susu lembu di Israel - Tnuva


Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para zionis ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut zionis ke nak ikut nabi kita?

Penerangan: Saya tak pernah dengar atau jumpa mana-mana hadith yang menyebut Rasulullah s.a.w tidak menggalakkan memakan organ dalaman. Yang ada hanyalah hadith yang menyatakan kehalalan memakan hati dan limpa seperti berikut: 

Dari Ibnu Umar –radiyallahu ‘anhuma- dia berkata, Rasulullah –shallallahu ‘alahi wa sallam- bersabda, “Dihalalkan bagi kami dua bangkai dan dua darah. Dua bangkai yaitu belalang dan ikan. Adapun dua darah yaitu ati dan limpa” Dikeluarkan oleh Ahmad, Ibnu Majah, dan di dalamnya terdapat kedhoifan.

Mungkin ada yang akan menjawab "memang dihalalkan tapi Nabi tak galakkan...Nabi pun tak makan organ dalaman" Persoalannya, benarkah nabi tak galakkan? Benarkah Nabi tak makan organ dalaman? Apakah buktinya kalau benar dikatakan demikian? Apakah ada hadith-hadith atau nas yang dapat menerangkan? 


Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok zionis, tiap-tiap hari mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK (profesor mana?) mengatakan yang zionis semua ada segelas kopi di tangan mereka.

Penerangan: Dakwaan adalah sangat lucu. Saya tidak pernah mendengar mana-mana hadith yang menyebut bahawa baginda pernah minum kopi. Jika diselidik lebih lanjut, kopi mula ditemui pada abad ke-9, 200 tahun selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Bagaimanakah kopi boleh menjadi kegemaran Rasulullah s.a.w sedangkan kopi belum diminum pada zaman baginda?

Dengan menulis dan menyebarkan dakwaan dan hadith rekaan seperti ini, kita harus bertanya "Apakah kita mengikut Nabi atau mengikut Yahudi seperti yang dinyatakan dalam ayat berikut?"

Dan di kalangan orang Yahudi (ada) yang gemar mendengar pembohongan dan suka mengambil perkataan orang yang tidak pernah menemui engkau. Mereka mengubah-ubah kalimah-kalimah (Tawrat) daripada tempatnya. (al-Maaidah: 41)

Ingatlah ancaman Rasulullah terhadap orang yang berdusta menggunakan nama baginda: 

"Barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaknya ia mengambil (bersiap) tempatnya di neraka” (Shahih Bukhari)

Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

Saya tidak nampak bahawa buku-buku sains atau kesihatan merendahkan pemakanan Rasululah s.a.w apabila ia mengatakan daging kambing tinggi kolestrol. Itu adalah kajian mereka menurut ilmu yang mereka ada. Jika kita hendak menuduh bahawa kajian orang kafir itu salah maka kita harus datangkan kajian daripada orang Islam untuk menolak fakta sains dari orang kafir.

Selain itu, kita kena tanya juga, Rasulullah kalau makan kambing tu makannya macam mana. Adakah baginda melahap ataupun makan sekadar perlu sahaja. Fakta bahawa Rasulullah makan daging kambing tidak menolak fakta bahawa kalau makan daging kambing boleh meningkatkan kolestrol. Tidak wajar kalau kita anggap makanan yang disukai Rasulullah itu tidak akan memberi mudarat jika diambil berlebihan. 

Para zionis ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Orang Melayu kita juga yang ketagih minum coca-cola, pepsi-cola…(fakta ini datangnya daripada mana? Bukankah daripada buku yang ditulis orang kafir juga?)

Orang Yahudi tak minum Coke ke?

Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus (siapa yang ajar? Bagus sebab apa? Banyak vitamin?), namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans (memang betul, tapi sapa yang ajar MacDonalds bagus?).

McDonald's di Israel


Maaf cakap, tapi percayalah pada akhirnya orang yang menyebarkan ini masih jgua minum Coke, Pepsi, Maggi dan MacDonalds...tak percaya? Tepuk dada tanya selera.

Untuk pengetahuan, para Zionis agen Dajjal ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.

8. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen pada wanita. Pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

 

Susu Soya di Israel