Gambar daripada http://www.flickr.com/photos/purplemattfish/3489639831 |
Saya mendapati pernyataan ini daripada FB seorang junior.
Terdapat beberapa dakwaan yang kedengaran pelik dalam dakwaan tersebut, dan banyak persoalan yang timbul setelah membacanya:
1. Rasulullah larang sikat rambut di bilik mandi
Saya tidak pernah dengar hadith yang melarang umat Islam menyikat rambut dalam bilik air, barangkali ia adalah hadith yang tidak popular. Saya juga cuba menGoogle hadith yang menyatakan larangan tersebut, tidak pula dijumpai. Justeru saya beranggapan dakwaan tersebut hanya direka-reka dan disebar melalui chain message.
2. Menyikat rambut dalam bilik mandi boleh lemahkan akar
rambut
Bila membaca dakwaan kedua ini, saya tertanya-tanya adakah ini petua/tips kesihatan yang disalahfahami sebagai hadith?
3. Sikat rambut berdiri boleh lemahkan jantung
Adakah ini pendapat sendiri atau hadith atau kenyataan daripada orang lain?
4. Sikat rambut berdiri akan sebabkan terjebak dalam masalah
hutang
Dakwaan ini bertentangan dengan nature ajaran Islam yang melarang kepercayaan-kepercayaan karut seperti ini. Bahkan terdapat juga hadith yang melarang perkara tahyul seperti meramal nasib dan sihir:
"Dari Imran bin Hushain .a, ia
berkata: 'Rasulullah s.a.w bersabda: 'Bukan termasuk golongan kami yang
melakukan atau meminta tathayyur (menentukan nasib sial berdasarkan tanda-tanda
benda,burung dan lain-lain),yang meramal atau yang meminta diramalkan, yang
menyihir atau meminta disihirkan dan barangsiapa mendatangi peramal dan
membenarkan apa yang ia katakan, maka sesungguhnya ia telah kafir terhadap
wahyu yang diturunkan kepada Muhammad s.a.w." (hari. Al-Bazzaar, dengan
sanad jayyid).
Saya seterusnya mencari kalau-kalau terdapat huraian mana-mana
pakar agama berkenaan hal ini dan saya menjumpai jawapan berikut daripada laman http://kemusykilan.islamgrid.gov.my. Jawapannya cukup
ringkas:
Soalan
Assalamualaikum..
Soalan saya adakah benar RASULULLAH SAW melarang menyikat
rambut di dalam kamar mandi kerana perbuatan itu melemahkan umbi rambut.?
Sekian.
Jawapan
Waalaikumussalam.
Terdapat juga jawapan daripada Ustaz Azhar Idrus berhubung hal ini:
Pesanan: Bersikap curigalah dengan hadith yang kedengaran pelik bunyinya.
Kebetulan bercakap tentang rambut, suka saya berkongsi dengan para pembaca tentang satu produk yang menurut pengalaman saya amat baik untuk rambut. Untuk pengetahuan para pembaca, penulis pernah (dan masih) mengalami masalah kelemumur yang agak teruk. Telah banyak jenis syampu yang saya gunakan termasuklah Selsun (menyebabkan kulit kepala jadi kering dan rambut jadi kusam), Clear (kesannya kulit kepala jadi gatal sebab terlalu kering), Head n Shoulders (agak ok, tapi masih gatal), dan Pantene (saya terbeli yang made in Thailand, syampunya cair).
Daripada carian google, saya menemui komen-komen yang agak bagus tentang produk dengan jenama Himalaya. Produk tersebut juga disyorkan oleh teman-teman serumah yang juga menggunakan produk dari jenama tersebut seperti scrub, masker dan makanan tambahan. Kebetulan ke Watsons, saya terus mencapai syampu Anti Kelemumur Himalaya. Hanya setelah dua hari memakainya saya sudah merasai kesan yang amat baik. Kelemumur hilang dan kulit kepala juga tidak gatal seperti setelah menggunakan syampu dair jenama lain.
Tips lain untuk kesihatan kulit kepala:
Tips lain untuk kesihatan kulit kepala:
- Jangan garu kepala untuk hilangkan kelemumur, nanti cepat botak (macam saya, hehe)
- Kurangkan menggunakan gel rambut. Jika guna, cucilah rambut sebelum tidur.
- Gatal kulit kepala selepas guna syampu antikelemumur? Lepas guna syampu antikelemumur, gunalah syampu yang ada pelembab seperti Dove pula untuk kembalikan kelembapan kepada kulit kepala.
- Kurangkan makanan berminyak. Saya dapati kelemumur bertambah setiap kali makan makanan berminyak. Justeru, saya akan guna syampu antikelemumur kalau pada hari tu saya makan makanan berminyak.
- Banyakkan makan buahan dan sayuran.