Cerita tentang holy water ini sudah lama saya dengar. Tidak setahun dua, bahkan sudah berbelas tahun semenjak saya di sekolah rendah lagi. Ada yang kata pihak tertentu membayar pihak tertentu untuk menarik golongan muda memasuki agama mereka dan dibayar ribuan ringgit bagi setiap orang yang berjaya diajak. Dan orang yang diajak tu pula akan diberi minum satu minuman (holy water) yang mana selepas minum, mereka tidak akan mampu untuk mengucap kalimah syahadah. Begitu bahayanya holy water yang diperkatakan ini. Cerita ini pula seperti hidup, pandai membesar dan pandai pula membiak. Anda boleh lihat perkembangannya daripada awal sehingga keadaanya yang terkini seperti berikut:
VERSI 1
Dari Blog From My Desk |
VERSI 2
Dari blog From My Desk |
VERSI TERKINI
Begitulah hidupnya cerita tentang holy water ini. Ianya seperti iklan sabun pencuci pakaian di televisyen. Agar ianya sentiasa segar dipandang, ditukar namanya, ditambah bahan baru, serta diperkenalkan pula produk baru yang lebih hebat yang sudah tentu bertambah-tambah lagi kehebatannya. Begitulah juga halnya dengan Holy Water ini. Nama-nama air mineral yang asalnya al-Barakah ditukar menjadi al-Baramkah, al-Mansor menjadi al-Mansori, dan al-Bistari menjadi al-Bistaria. Kemudian versi terbaru pula menambah tiga jenama lain yang tak pernah disebutkan dalam versi-versi sebelumnya. Jumlah paderi itu bertambah dari jumlah asalnya 19 menjadi 1900. SUNGGUH AJAIB!
Hari ini 29/10/19..sya masih menerima mesej ini..😅😅
BalasPadam