Selasa, 9 Jun 2015

Hadis Palsu - Fadilat Mengingatkan Kedatangan Syaaban

Sekarang sudah masuk bulan Syaaban, dan kalau di Terengganu pasti yang ditunggu adalah "malam sSepu" - dalam bahasa key-elnya adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam Nisfu Syaaban biasanya akan diadakan majlis baca Yasin beramai-ramai. Namun berlainan pula dengan Nisfu Syaaban kali ini. Lainnya kerana saya baru tahu satu hadis baru daripada wall Facebook seorang sahabat berkenaan fadhilat bulan Syaaban. Ianya berbunyi begini: 
 Salam semua. Sekarang dah nk masuk malam nisfu sya'ban dan malam nisfu sya'ban jatuhnya pada 5 Julai ( Hari Tutupnya Buku Amalan ) . Sebelum terlambat, saya ingin memohon maaf jikalau saya ada buat salah dan silap dgn semua. ^^

* Nabi Muhammad bersabda, sesiapa yang mengingatkan kedatangan bulan ini, HARAM API NERAKA bagi nya. :) 
Sudah memang kebiasaan saya untuk memeriksa kesahihan hadith-hadith yang rakan-rakan share-kan di dinding Facebook mereka. Hasilnya saya menjumpai satu printscreen yang berikut daripada Koleksi Printscreen Ustaz Azhar Idrus:
Penjelasan Ustaz Azhar berkenaan hadis fadilat bulan Syaaban
Maka wahai teman-teman, berhati-hatilah, siasatlah dan sebarkanlah yang benar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan