Khamis, 18 Ogos 2011

Logo Bank Negara Malaysia dan Freemason

Percayakah anda bahawa negara kita semakin dibelenggu oleh unsur-unsur Illuminati? Buktinya ada, dan bukti tu pula bukan calang-calang kerana melibatkan institusi kewangan paling utama di Malaysia iaitu Bank Negara Malaysia sendiri! Anda boleh lihat sendiri logo di atas Haiwan di dalam bulatan biru itu dikatakan kijang. Tetapi  pernahkah anda temui kijang yang berekor panjang? 

Fokuskan pandangan anda pada ekor kijang ini. Adakah ekornya sepanjang seperti digambarkan dalam logo tadi? Anak kecil pun tahu bahawa ia sangat jauh berbeza. Cuba anda lihat pula gambar di bawah ini. Gambar di bawah ini adalah gambar seekor anjing. Secara spesifiknya ia dipanggil The Pharaohs Hound, atau anjing Firaun. Samakah atau tidak haiwan di dalam logo tersebut dengan gambar di bawah ini?


Kenapakah terdapat lambang bulan dan matahari pada logo BNM? Ini menimbulkan persoalan yang cukup besar. Setakat pengetahuan penulis dalam mitos Mesir, terdapat seorang  Dewa bernama Horus yang dikatakan mempunyai mata yang terdiri daripada bulan dan matahari.  Jadi, mungkin itulah yang dimaksudkan oleh logo tu.. Ternyata ini ada kaitan dengan Freemason yang sememangnya sering menggunakan logo berkaitan Firaun seperti ini;

Anda masih tidak percaya? Di sini saya tunjukkan gambar syiling yang ditemui di Mesir tidak lama dulu. Dalam syiling emas itu, anda boleh lihat lambang anjing Firaun tadi lengkap dengan bulan dan matahari. Nah, apa lagi? Inilah buktinya bahawa Bank Negara Malaysia memang menyokong Illuminati!
Syiling yang konon ditemui di Mesir


ADAKAH ANDA PERCAYA DENGAN DAKWAAN DI ATAS?

Di sini saya ingin ingatkan kepada anda bahawa apa yang ditulis di atas adalah AUTA semata-mata. Diulangi AUTA! Ini faktanya: 

  • Logo BNM berasal daripada KUPANG KELANTAN yang sememangnya mempunyai gambar kijang.
  • Gambar kijang tersebut diilustrasikan sebegitu rupa bagi menggambarkan ekor kijang yang akan naik apabila mengesan bahaya ataupun lari daripada musuh. 
  • Apabila ekornya dinaikkan, akan nampaklah warna putih pada bawah ekornya bagi memberi amaran kepada kijang-kijang yang lain tentang bahaya yang ada. 
  • Pada belakang kupang tersebut ada tertulis perkataan "malikul-adl" bermaksud "pemerintah yang adil"
Kijang menaikkan ekornya

Logo BNM dan Kupang Kelantan dengan kalimah "Malikul-'Adl di belakangnya"

22 ulasan:

  1. Artikel yang sungguh menarik!! Penjelasan yang mantap berserta bukti yang kukuh... Mohon untuk copy dan sebarkan, saya akan tinggalkan kredit atas nama blog ini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi singgah di laman kecil ni, saya izinkan utk perkembangan fikir sesama kita.

      Padam
  2. tapi anda tidak boleh bust this bullshit..

    Bullshit: Sistem kewangan dunia dimiliki zionis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak setuju kalau anda menggunakan perkataan "dimiliki". Perkataan yang mungkin lebih sesuai adalah "dipengaruhi"

      Padam
  3. Menegakkan benang yang basah memang kerja agen2 Freemason.. Kerana wang jiwa dan ruh binasa.. Ya Allah, lumpuhkanlah Freemason dan agen-agennya dan lindungi orang islam yang diperdaya dan dianiayanya.. Amin!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kejahilan dan kemalasan untuk keluar daripada kepompong kejahilan adalah masalah paling utama umat Melayu Islam di Malaysia.

      Padam
    2. In Sya Allah .Tidak Lama Lagi Islam Akan Bangkit Dengan Izin Allah .sesungguhnya dialah tempat kita mohon pertolongan .

      Padam
  4. penjelasan yang hebat! saya amat setuju dengan ulasan anda.

    BalasPadam
  5. Dimiliki la bro sekarang dunia mcm die yang punya lu je tak tau yang lu tau dpt brim tido mcm gua,lu kaji balik sistem operasi kerajaan kite dan saham dunia didalam genggaman siapa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama la lu pun..minum ketum baca mastika.

      Padam
  6. mungkin saya jahil dalam hal perbankan ni...mungkin saudara boleh beri sikit ilmu, barangkali saudara lebih tahu

    BalasPadam
  7. dan mintak maaf, sy tak pernah ambil BR1M mcm saudara....tak ada hati pun nak ambil gula2 politik tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama lah .tak rasa rugi tak amik bantuan dari kerajaan .tapi kita lagi rugi jika tidak mohon pertolongan dari allah s.w.t

      Padam
  8. Memang sistem kewangan kita dimiliki zionis, bukan dipengaruhi sahaja, mereka yg mulakan, mereka yg puyai saham terbesar dan mereka yang kawal..mereka miliki!

    BalasPadam
    Balasan
    1. naam.. legasi penyembahan dewa quno mesir msh terus menerus dn dianuti ramai muslimin tanpa kita sedari..mohon perlindungan dr Allah SWT

      Padam
    2. Tuan boleh baca lebih lanjut tentang kupang kelantan di blog berikut...penat nak menerangkan kepada orang yang tak reti nak mengkaji nih http://sharuddin58.blogspot.my/2013/09/gold-kupang-kelantan.html

      Padam
  9. Sy nk tanye skit. Rsenye klo org lukis muka nenek moyang Kte dlu..yg berambut panjang,telinga besar n panjang..rse2 kte mengaku x??jd kaitkan la dgn kijang yg dilukiskn ekor yg panjang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa maksud soalan tuan ni? Bahasa Melayu pun tak betul, macam mana orang nak faham?

      Cara orang dulu-dulu menggambarkan atau melukis binatang tak sama macam
      orang kita sekarang yang boleh nampak sebijik seketul macam benda asal. Tak pelik pada saya kalau rupa kijangnya macam tu.

      dan kupang kelantan ni yang orang zaman dulu buat kupang kelantan tu bukannya pakai mesin, mungkin pakai teknologi mudah, pakai tangan dan alat tukang saja, kalau nak lukis kijang sebijik rupanya macam kijang memang tak dapatlah.
      Saudara boleh baca lanjut pasal kupang kelantan di blog berikut

      http://sharuddin58.blogspot.my/2013/09/gold-kupang-kelantan.html

      Padam
  10. dalil2nya ada
    Dalam hadits di sebutkan, Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

    الشمس و القمر ثوران مكوران في النار يوم القيامة " .أخرجه الإمام الطحاوي في " مشكل الآثار " ( 1 / 66 - 67 ) وصححه الألباني وغيره (سلسلة الأحاديث الصحيحة: 124)

    Artinya: "Matahari dan Bulan seolah-olah seperti sapi jantan yang terikat dan di lemparkan ke Neraka di hari kiyamat" (Shahih, HR Thohawi dalam "Musykilul Atsar" (1/66-67), di shahihkan oleh imam Suyuti dan Al-Albani (As-Shahihah : 124))

    Dari sinilah kita semakin tau betapa besarnya ukuran Neraka, dan betapa ngerinya siksaan yang ada didalamnya.

    Mengenai matahari dan rembulan dilemparkan ke dalam neraka ada dua kemungkinan:

    -Pertama: Bisa jadi keduanya merupakan bahan bakar neraka. (ini sebagaimana yang di katakan oleh Imam Abu Bakar Al-Isma’ili. 
     - 
    Imam Suyuti menukil perkata imam Abu Bakar Al-isma'ili:

    وقال الإسماعيلي لا يلزم من جعلهما في النار تعذيبهما فإن لله في النار ملائكة وحجارة وغيرها لتكون لأهل النار عذابا وآلة من آلات العذاب وما شاء الله من ذلك فلا تكون هي معذبة

              “Tidak semestinya matahari dan bulan di dalam neraka menjalani siksa. Karena sesungguhnya di dalam neraka juga ada malaikat, batu dan lain-lainnya yang berfungsi untuk menyiksa penghuni neraka dan sebagai alat-alat penyiksaan. Dan atas kehendak Allah, meskipun ada di neraka, mereka tidak merasa tersiksa.” 
    ("La'ali' Al-Masnu'ah" Karya imam As-Suyuti (1/76))

    -

    Kedua: Keduanya di neraka adalah untuk membuat meyesal orang-orang yang menyembahnya.
    -  
    Al-Khathabi rahimahullah berkata:

    قال الخطابي :  ليس المراد بكونهما في النار تعذيبهما بذلك، ولكنه تبكيت لمن كان يعبدهما في الدنيا ليعلموا أن عبادتهم لهما كانت باطلا ".

    “Keberadaannya di neraka bukanlah karena disiksa. Akan tetapi sebagai penyesalan bagi orang-orang yang dahulu menyembahnya (ya'ni menyembah matahari dan bulan) ketika di dunia, agar mereka mengetahui bahwa penyebahan mereka pada keduanya adalah batil, tidak benar.” (As-Shahihah:124)

    Namun penyesalan di neraka tidak ada gunanya, karena mereka tidak bisa kembali lagi ke dunia.
    -

    Penafsiran di atas lebih dekat kepada lafazh hadits apalagi didukung oleh hadits Anas menurut Abi Ya’la, seperti yang terdapat dalam Al-Fath (6/214) yakni: “Orang-orang yang dahulu meyembahnya.”


    (Maraji' : 
    La'ali' Al-Mashnu'ah Lil Imam As-Suyuti 
    Silsilah Al-Ahadits As-Shahihah: 124) 

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lambang Bank Negara Malaysia itu bukan dongeng. Ia adalah kebenaran nyata.

    BalasPadam