Selasa, 9 Jun 2015

Hadis Palsu - Fadilat Mengingatkan Kedatangan Syaaban

Sekarang sudah masuk bulan Syaaban, dan kalau di Terengganu pasti yang ditunggu adalah "malam sSepu" - dalam bahasa key-elnya adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam Nisfu Syaaban biasanya akan diadakan majlis baca Yasin beramai-ramai. Namun berlainan pula dengan Nisfu Syaaban kali ini. Lainnya kerana saya baru tahu satu hadis baru daripada wall Facebook seorang sahabat berkenaan fadhilat bulan Syaaban. Ianya berbunyi begini
 Salam semua. Sekarang dah nk masuk malam nisfu sya'ban dan malam nisfu sya'ban jatuhnya pada 5 Julai ( Hari Tutupnya Buku Amalan ) . Sebelum terlambat, saya ingin memohon maaf jikalau saya ada buat salah dan silap dgn semua. ^^

* Nabi Muhammad bersabda, sesiapa yang mengingatkan kedatangan bulan ini, HARAM API NERAKA bagi nya. :) 
Sudah memang kebiasaan saya untuk memeriksa kesahihan hadith-hadith yang rakan-rakan share-kan di dinding Facebook mereka. Hasilnya saya menjumpai satu printscreen yang berikut daripada Koleksi Printscreen Ustaz Azhar Idrus:
Penjelasan Ustaz Azhar berkenaan hadis fadilat bulan Syaaban
Maka wahai teman-teman, berhati-hatilah, siasatlah dan sebarkanlah yang benar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan