Khamis, 1 November 2012

Coca Cola = La Muhammad La Makkah?

Umat Islam di Malaysia amat sensitif dengan penggunaan kalimah Allah. Apa jua yang barang yang terdapat imej yang serupa dengan kalimah Allah pasti akan diangkat menjadi sesuatu yang kontroversi. Ini dibuktikan dengan pendedahan beberapa kali penggunaan kalimah tersebut dalam jenama-jenama yang agak terkenal. Kontroversi yang begitu riuh diperkatakan ini amat membakar perasaan umat Islam. Pada mereka ini adalah satu lagi agenda untuk menghina dan merendahkan ajaran Islam atau dalam bahasa Inggerisnya 'blasphemy'.

Hasil daripada bantahan dan pemboikotan itu kita melihat syarikat F&N memohon maaf dan menukar logo mereka kepada bentuk yang lebih sesuai. Kita juga melihat Nike menarik balik kasut mereka daripada pasaran kerana tenunan bercorak api pada kasut itu menyerupai kalimah Allah. Sudah tentu ini adalah satu kejayaan yang besar kerana akhirnya syarikat-syarikat ini akhirnya sedar akan sensitiviti umat Islam terhadap perkara berkaitan simbol agama mereka.Saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya umat Islam masih sensitif dengan isu-isu menyangkut hal-hal agama mereka.

Gambar daripada masudblog.com
Namun, sikap yang keterlaluan dalam hal-hal sebegini kadang-kadang membuat sesetengah orang merasa jengkel termasuklah saya, seorang muslim. Ya, adalah sesuatu yang menjengkelkan apabila melihat daripada kalangan kita menunggang terbalikkan sesuatu barang hanya untuk memastikan wujud tidak kalimah Allah atau apa-apa simbol Islam padanya. Sikap keterlaluan ini kadang-kadang menunjukkan betapa dangkal dan ceteknya kefahaman kita tentang ajaran Islam. Ini dapat dilihat melalui contoh-contoh yang berikut:

Logo Coca Cola apabila diterbalikkan, menunjukkan kalimah Arab yang kononnya berbunyi La Muhammad La Makkah bermaksud 'Tiada Muhammad Tiada Makkah'.
Pada penglihatan saya ia tidak bermaksud demikian, bahkan ia sebenarnya berbunyi Li Muhammad Li Makkah yang bermaksud 'untuk Muhammad, untuk Makkah.' Bukankah maksudnya bagus? Orang yang tahu bahasa arab sudah tentu dapat membezakan bahawa yang terdapat dalam logo tersebut adalah  ل yang bermaksud 'untuk' dan bukannya لا yang bermaksud tidak. Hanya orang yang terlebih pandai bahasa Arab sahaja yang akan mengatakan sebaliknya. 


Begitu juga halnya dengan logo Crocs di atas yang telah diterbalikkan semata-mata untuk menunjukkan adanya kalimah Allah. Walhal gambar yang asal dengan jelas dan terang menunjukkan bahawa ia adalah seekor buaya. Tetapi wujud pula orang yang terlebih tajam penglihatannya dan terlebih pula daya analisis dan sistesisnya menafsirkan logo itu sebagai kalimah Allah.Untuk memvisualkannya menjadi satu kerja pula untuk menterbalikkan logo itu dan menambah lakaran tulisan nama Allah pada logo yang terbalik itu.


Maka daripada kontroversi sebegini dapat kita fahami bahawa dalam fikiran sesetengah daripada kita apa-apa sahaja yang berbentuk trisula itu adalah kalimah Allah. Terbit pula persoalan daripada benak fikiran saya, "Bagaimana pula jika kalimah itu sudah memang semulajadi wujud pada sesuatu hidupan atau benda?" Apakah pula hukumnya kita masuk ke tandas sedangkan pada tangan kita sendiri ada kalimah Allah (menurut pendapat sesetengah orang)? 

Pada tangan kita dikatakan ada kalimah Allah

5 ulasan:

  1. Bukan ke kite patut lebih berhati2 trhadap org yg bukan islam yg sentiase cube utk merendahkan akhlak kite,,,sebagai contoh seperti masonic. Klau kite kaji kaitan penggunaan simbol2 dan juga minda bawah sedar (subconscious), mesti kite akan lebih paham kenapa org kafir buat mcm tu...ttg simbol semulajadi yg ade...jgn lah tuan utk menyoal kembali dan merumitkn sesuatu perintah Allah...ambil iktibar drpd Surah Al-baqarah...

    BalasPadam
  2. Kita lebih takut dgn masalah yg kita cipta daripada khayalan sendiri daripada masalah yg terang di depan mata. Kita duk menyalahkan org lain atas kelemahan kita ....tapibkita x pernah nak apa silap kita sbg umat Islam.

    BalasPadam
  3. Merumitkan perintah Allah? Perintah yg mana? Boleh bagi tahu?

    BalasPadam
  4. Silakan Kunjungi Website Saya , Yang Dapat Melakukan Live Streaming Secara Langsung :
    agen judi online terpercaya
    Prediksi Bola

    Thank you
    agenpialaeropa.net

    BalasPadam