Selasa, 22 November 2011

Senarai Barang Berunsurkan BABI

BABI sememangnya binatang yang sangat rendah tarafnya dalam masyarakat Melayu. Perkataan babi pula digunakan sebagai 'penegasan' kepada betapa bencinya seseorang terhadap sesuatu. Penegasan ini pula lahir dalam perkataan yang ringkas seperti "Babi!", "Babi la ko!", "Gila baabi", dan seumpamanya. Terdapat juga spesis haiwan yang menjadi mangsa perkataan ini iaitu SIPUT BABI kerana spesis siput bercangkerang lembut ini sangatlah dibenci petani kerana tabiatnya merosakkan tanam-tanaman. Terdapat juga cara yang sopan untuk menyebut perkataan BABI ini seperti "BAB 1 betullah mamat tu", "Barbie sungguh la", dan juga "Weh, tadi aku nampak Baby melintas, geli dowh". Variasi sopan perkataan babi ini barangkali wujud kerana perkataan BABI itu kalau didengar pun sudah cukup menggelikan. Maka perlu ada variasi agar tidak menyebabkan orang muntah apabila mendengar perkataan tersebut. Begitulah buruknya nama babi tersebut.

Kerana begitu bencinya orang Melayu terhadap babi ini, maka mudahlah sesetengah pihak menggunakan nama ini untuk menjahanamkan reputasi sesetengah produk. Kalau hendak mengatakan sesuatu produk itu tidak halal, maka perlulah dikaitkan dengan babi agar lebih bertambah-tambah kesan fitnah yang dibuat. Anda boleh melihat sendiri betapa bergunanya babi untuk memfitnah seperti di bawah:


Babi SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK ****
> 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
> 3. Ajinomoto ( Thailand )
> 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
> 5. Semua tauhu buatan Orang Cina
> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
> 7. Sabun FAB berbuku
> 8. Lobak Jeruk
> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
> 10. Krim Muka Hazeline Snow

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT ****, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)

> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
> 3. Daging Burger Import
> 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
> 5. Kasut Bola Jenis ‘ Gold Cup’
> 6. Berus Gigi Jenis ‘ Reach’
> 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
> 8. Semua sabun mandi yang diimport
> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
> 11. Have Pearl Cream
> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina
> 14.. Beehon Segera Siam
> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK **** DAN BINATANG TIDAK HALAL )

> 1. Bosset Wine Gum
> 2. Dairy Milk Coklat
> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
> 4. Sugus Strawberry
> 5. Passer Doily Mixture
> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
> 7. Scothes Vikmin
> 8. Share Extra Atrenght
> 9. Black Current Jelly
> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges
> 11. Valvis Gelatin
> 12. Sarung Kapsul Ubat
> 13. Ais Krim dalam bekas plastik
> 14. Gula-gula Fruities
> 15 Cake Mets Vilber Punch
> 16 Coklat Cake
> 17 Tepung Kastard Lady’s Choice
> 18 Semua jenis Jelly
> 19 Semua jenis gincu bibir
> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo
> 21 Lady’s Choice Jelly
> SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA
> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND
Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang. TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.
Confirm – Pringles Potato Chips – tidak HALAL !!
AMARAN OLEH KERAJAAN M’SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!
Ref. Message: Pringles Potato Chips
Looks like you have to find another alternative to munch.
Just to let you and gang know…….. I have checked. It’s true that the chips contain Emulsifier.
Dr Safurah Hj Jaafar ;
Principal Assistant Director;
Ministry of Health , Malaysia ;
Tel: 03-2540088.

Ini adalah respons pihak JAKIM terhadap dakwaan ini:

1. JAKIM mengucapkan terima kasih kerana mengingatkan orang ramai khususnya pengguna Muslim tentang pemilihan barang makanan.

2. Isu yang dikemukakan oleh puan di atas adalah isu lama dan dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, kerana apabila pihak JAKIM membuat siasatan nama mereka yang dikaitkan dalam Kajian di Pusat Pengajian Tinggi tidak wujud dan pihak universiti tidak pernah mengarahkan mana-mana pensyarah atau pelajar membuat kajian terhadap produk yang dimaksudkan.

3. Sebagai panduan puan, dinasihatkan supaya menggunakan produk yang ada tanda halal JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri dan sekiranya terdapat kemusykilan pada barangan yang ada tanda halal JAKIM diminta supaya mendapatkan nama produk dan pengeluar dengan jelas dan rujuklah kepada JAKIM atau lihat laman web JAKIM melalui internet.

4. Elakkan dari membeli barangan keluaran luar negara yang ada campuran daripada bahan yang bersumberkan haiwan.

3 ulasan:

  1. BABI sememangnya binatang yang sangat rendah tarafnya dalam masyarakat Melayu. Perkataan babi pula digunakan sebagai 'penegasan' kepada betapa bencinya seseorang terhadap sesuatu. Penegasan ini pula lahir dalam perkataan yang ringkas seperti "Babi!", "Babi la ko!", "Gila baabi", dan seumpamanya. Terdapat juga spesis haiwan yang menjadi mangsa perkataan ini iaitu SIPUT BABI...

    BalasPadam
  2. Benda ni aku pernah dapat tahun 1988... Disebar melalui leaflet... Masa dulu takde fatwa yang mengatakan produk kosmetik yg mengandungi alkohol ini tidak najis... Sebenarnya produk kosmetik yg berunsurkan alkohol bukan najis, malah alkohol itu sendiri bukan najis... cuma orang Islam diharamkan meminumnya kerana ianya memabukkan... serta melalaikan umat Islam itu sendiri... Lagipun beza antara alkohol minuman dan dlm kosmetik adalah berbeza... Dlm minuman alkohol dihasilkan melalui proses penapaian anggur, tebu, barli dan malt... Manakala dlm produk kosmetik ianya dihasilkan secara kimia...

    BalasPadam
  3. Silakan Kunjungi Website Saya , Yang Dapat Melakukan Live Streaming Secara Langsung :
    agen judi online terpercaya
    Prediksi Bola

    Thank you
    agenpialaeropa.net

    BalasPadam