Selasa, 21 Julai 2015

Redbull Haram?

Baru- baru ni kecoh pasal kononnya Redbull tu haram. Haram pasal apa? Pasal ada TAURINE. TAURINE tu apa? TAURINE tu kononnya satu bahan yang diperbuat daripada darah daripada bangkai binatang seperti sapi, BABI (kalau bab haram menatang ni mesti ada), kucing dan sebagainya. 




Benda ni memang total bullshitlah. Aku bukan minat sangat nak minum kejadah Redbull ni, sebabnya aku percaya kalau tak minum Redbull ni pun aku masih boleh hidup lagi. Lagipun aku kurang percaya sangat dengan minuman tenaga macam ni. Kalau minum banyak-banyak boleh flat stamina tuh. 

Tapi...

bila baca bullshit macam ni mulalah jari ni ligat nak menaip. Menyampah dengan kebodohan orang yang mudah sangat percaya benda-benda merapu kerapu kertang entah daripada mana-mana ni. 


TAURINE? MENATANG HAPAKAH ITU?

Struktur kimia Taurine
cornellbiochem.wikispaces.com


Taurine adalah sejenis asid amino yang banyak terdapat dalam tisu haiwan. Ianya dinamakan taurine sebabnya taurine ni mula-mula ditemui oleh saintis dalam hempedu lembu/ sapi (ox bile). Perkataan 'taurine' ni asalnya daripada perkataan latin iaitu 'taurus' yang bermaksud lembu/ sapi. Ini juga sebabnya nama minuman ni diberi nama Redbull (secara literalnya bermaksud Lembu Merah.)

p/s ada sesapa kat sini zodiak Taurus? 
Jangan kawan ngan aku ha, kena makan ngan Leo ni kang, hahahahahaha

Korang buat hapa ni???
Gambar daripada http://collections.lacma.org/node/234682

MACAM MANA TAURINE DIHASILKAN? 

 Seperti aku cakap tadi taurine ni mengikut sejarah pada asalnya diambil daripada hempedu lembu. Ye betul, daripada hempedu lembu. Taurine boleh dijumpai dalam daging dan ikan. Ia boleh jugak dijumpai dalam tisu manusia, usus dan dalam susu ibu.

Ada juga urban legend yang kata konon taurine untuk redbull ni dibuat daripada sperma lembu. Ni mengarutlah. Memang betullah taurine ni dihasilkan secara semulajadi dalam testikel (teloq) haiwan. Tapi fikir logiklah....macam mana ko nak kutip sperma daripada lembu-lembu ni pastu buat jus taurine? Kesian tau lembu-lembu kena gangguan seksual.  

Sebenarnya taurine boleh dihasilkan secara sintetik. Prosesnya senang je macam ni:

"Synthetic taurine is obtained from isethionic acid (2-hydroxyethanesulfonic acid), which in turn is obtained from the reaction of ethylene oxide with aqueous sodium bisulfite.
Another approach is the reaction of aziridine with sulfurous acid. This leads directly to taurine."
http://www.news-medical.net/health/Taurine-Synthesis-and-Production.aspx

Ada faham? Tak faham kan? Lantak koranglah tak faham. Yang pentingnya korang kena faham bahawa taurine boleh dihasilkan secara sintetik dan bukannya dorang pegi ambik darah ke bangkai ke atau lancapkan lembu-lembu untuk dapatkan taurine tu. 


SEBAB APA NAMA REDBULL, BUKAN RED'OX ATAU REDCOW? 



Ini sekadar tambahan pengetahuan am untuk korang je, yelah nak harapkan korang google memang tak la kan. Baik google pasal shawl ke cheese cake ke atau spare part moto kereta. Tak gitu....hahahahahahahamekcowwww!!!

Bull, Ox dan Cow semuanya bermaksud lembu. Tapi apa bezanya? 

Cow adalah perkataan yang merujuk kepada lembu secara general. 
Tapi dalam American English, cow ni merujuk kepada lembu betina. 
Nahhh, amekkkcoww

Gambar daripada http://www.quickmeme.com/meme/3te6fu

Ox pulak lembu yang dah hilang kejantanannya sebab dikasi/ castrated (kasi tu maksudnya kena potong terus part yang "tu"...alah angry bird dia tu lah). Kesiaannn... Sebab apa lembu tu dikasi, sebabnya senang nak control, lembu sapi ni kan gagah perkasa lagi ganas, jadi kenalah hilangkan kejantanan dia kalau nak senang kawal. Kasi potonggggg!   


Bull pulak bermaksud lembu jantan yang tak dikasi. Kira lembu jantan sejati la. Disebabkan kejantanan Bull tu maka perkataan tu dipilih sebagai nama minuman ni. 

Jantan macam I
Gambar daripada http://www.vectorsland.com/imgd/l80435-muscular-bull-64690.jpg
REDBULL HALAL TAK?

Oooo, nak tau Redbull halal ke tak? Ok ni jawapan daripada Jakim:



Tiada ulasan:

Catat Ulasan